Bintang Golden State Warriors, Stephen Curry, tidak meninggalkan sebarang keraguan mengenai statusnya untuk Game 4 NBA Finals esok.

"Saya akan beraksi," kata Curry.

"Saya tidak berasakan akan terlepas prelawanan itu," tambahnya.

Athletic melaporkan semalam bahawa Curry tidak memerlukan MRI sebelum perlawanan keempat.

Semasa berhempas pulas untuk memulihkan penguasaan bola pada suku keempat, pemain Boston, Al Horford melompat untuk mendapatkan bola sebelum terpijak kaki kiri Curry, menyebabkan MVP dua kali itu berdepan kesakitan.

Curry kekal dalam permainan pada mulanya tetapi telah dikeluarkan dengan baki 2:19 dan Golden State ketinggalan 14 mata.


Dengan Warriors ketinggalan 2-1 dan sebelum Game 4, status Curry menjadi tumpuan.

"Saya akan baik-baik saja," kata Curry.

"Saya terperangkap di bawah Al. Jelas sekali akan ada sedikit kesakitan, tetapi saya akan baik-baik saja.

"Fikirkan bagaimana perasaannya dan bersiap sedia untuk esok. [Ia] perkara yang sama yang saya lakukan ketika menentang Boston semasa musim biasa, tetapi tidak seteruk itu."