Jayson Tatum mendaftarkan rekod mata tertinggi sepanjang kariernya dalam aksi playoff NBA apabila menjaringkan 51 mata -- mata tertinggi dalam sejarah Game 7 NBA -- untuk mengepalai Boston Celtics menewaskan Philadelphia 76ers 112-88, sekali gus layak ke final Sidang Timur.

Selepas menjaringkan 16 mata dalam suku keempat ketika membantu kemenangan Celtics dalam Game 6, Tatum sekali lagi mempamerkan kecemerlangannya dalam perlawanan hidup mati itu dengan menjaringkan 17 daripada 28 mata jaringan padang -- termasuk enam daripada 10 jaringan tiga mata -- sewaktu melakukan 13 rebound untuk membantu Boston menempah tempat ke final Sidang Timur dan akan bertemu Miami Heat buat tahun kedua berturut-turut.

Siri perlawanan final itu akan bermula di Boston pada Khamis ini.

Jaylen Brown turut menyumbangkan 25 mata manakala Malcolm Brogdon pula menjaringkan 12 mata sebagai pemain gantian buat Celtics.

Keputusan itu juga menyaksikan 76ers gagal ke final Persidangan buat tahun ketiga berturut-turut dan buat kali kelima dalam tempoh enam musim ini.