Nick Kyrgios dijangka cergas untuk mengharungi musim gelanggang rumput sambil meneruskan pemulihannya daripada pembedahan lutut.

Pemain berusia 28 tahun itu masih belum beraksi sebarang perlawanan musim ini sejak menarik diri daripada Terbuka Australia sebelum dibelenggu masalah di lutut kirinya yang memerlukan pembedahan.

Dia pada awalnya dijangka cergas dalam Kejohanan Indian Wells pada awal Mac lalu tetapi selepas lebih dua bulan, Kyrgios masih berusaha untuk kembali.

Dikenali sebagai seorang pemain yang lantang dan membenci gelanggang tanah liat, dia merancang untuk kembali dalam Terbuka Perancis buat kali pertama sejak 2017 dengan berseloroh bahawa ia sebenarnya merupakan teman wanitanya untuk pergi ke Paris.

Agensi berita PA difahamkan Kyrgios berada di landasan tepat untuk mengambil bahagian dalam aksi di atas rumput apabila dijangka kembali dalam Terbuka BOSS di Stuttgart bermula 12 Jun depan.


A post shared by Nick Kyrgios (@k1ngkyrg1os)


Tahun lalu Kyrgios menempuhi musim terbaik dalam kariernya apabila mengukuhkan dirinya sebagai pencabar grand slam dengan kemaaran ke final perseorangan pertamanya di Wimbledon, di mana dia ditewaskan oleh Novak Djokovic.

Pemain Australia itu turut mara ke suku akhir Terbuka AS sebelum menarik diri daripada kejohanan terbarunya di Tokyo, Oktober lalu, akibat kecederaan lutut.