Shaiful Shamsudin
Fri Jul 08 2022
Novak Djokovic berpesan kepada peminat agar menjangkakan satu pertarungan penuh beremosi ketika berdepan Nick Kyrgios ketika turun merekodkan final grand slam ke-32 dalam Kejohanan Wimbledon, Isnin ini.
Djokovic mengatasi Roger Federer (31) untuk penampilan perlawanan akhir kejohanan utama lelaki itu menerusi kemenangan empat set ke atas Cam Norrie dalam pertembungan separuh akhir, sebentar tadi.
Ini bermakna dia akan menentang Kyrgios yang mara tanpa turun ke gelanggang selepas Rafael Nadal menarik diri dalam satu lagi aksi separuh akhir gara-gara kecederaan perut.
Juara Wimbledon enam kali itu tidak pernah menewaskan Kyrgios apabila disingkirkan dalam setiap pertemuan, iaitu ketika di Acapulco dan Indian Wells pada 2017 secara straight set.
Pertemuan ketiga ini bakal mencetuskan satu emosi yang tinggi.
Apatah lagi Djokovic meniupkan ciuman ke arah pencemuhnya di Gelanggang Tengah itu sebaik menewaskan Norrie sementara Kyrgios, yang terkenal dengan gelagat panas barannya di gelanggang, baru-baru ini menampilkan prestasi hebat dalam pertemuan pusingan ketiga dengan pilihan keempat, Stefanos Tsitsipas.
"Satu perkara yang pasti, akan muncul percikan 'bunga api' secara emosi daripada kami berdua," katanya selepas pertarungan.
“Ia akan menjadi final grand slam pertamanya. Jelas sekali dia sangat, sangat teruja, dia jarang tewas dan dia sentiasa bermain seperti itu.
“Dia beraksi dengan begitu bebas, mempunyai salah satu servis paling kencang, secara keseluruhannya dia memang handal, pukulannya cukup bertenaga.
"Kami sudah lama tidak bertemu. Saya tidak pernah menang satu set pun ke atasnya jadi harap ia jalan cerita berbeza kali ini.
"Satu lagi perlawanan akhir Wimbledon untuk saya dalam kejohanan yang cukup saya gemari ini jadi harap pengalaman itu boleh memihak saya."
Pemain tenis bertaraf dunia, Nick Kyrgios sambut hari raya di Kuala Lumpur?
Pemain tenis nombor tujuh dunia, Nicholas Hilmy Kyrgios dilihat mempamerkan aksi bermain tenis di salah sebuah gelanggang tenis di Kuala Lumpur.
Nick Kyrgios intai kembali di gelanggang rumput
Nick Kyrgios dijangka cergas untuk mengharungi musim gelanggang rumput sambil meneruskan pemulihannya daripada pembedahan lutut.
Akui 'letih' main tenis, Kyrgios tidak tolak cadangan bersara awal
Nick Kyrgios telah meningkatkan kemungkinan dia akan bersara jika dia memenangi grand slam tahun depan, dengan mengatakan perjalanan intensif selama bertahun-tahun telah menyebabkan dia 'kepenatan'.
Kyrgios beri bayangan bersara tahun depan
Nick Kyrgios mungkin bersara jika dia memenangi grand slam pada musim 2023.
Terbuka AS: Tiafoe singkirkan Nadal untuk mara ke suku akhir
Frances Tiafoe menamatkan rentak kemenangan 22 perlawanan Rafael Nadal di kejohanan Grand Slam dengan menewaskan juara utama 22 kali itu 6-4, 4-6, 6-4, 6-3 pada pusingan keempat Terbuka AS semalam.
Terbuka AS: Medvedev ternyata kecewa gagal pertahan kejuaraan
Daniil Medvedev tahu dia tidak beraksi sebaik mungkin di grand slam musim ini selepas cabaran mempertahankan kejuaraan Terbuka AS ditamatkan oleh Nick Kyrgios.
Terbuka AS: Kyrgios tidak sangka mampu kembalikan prestasi terbaik
Nick Kyrgios mengambil kesempatan untuk membincangkan saat mengecewakan dalam kariernya selepas kemenangannya ke atas Daniil Medvedev, mengakui dia tidak pernah menyangka dia akan berpeluang untuk kembali ke prestasi terbaiknya.
Kejohanan Wimbledon: Djokovic julang kejuaraan buat kali ketujuh
Novak Djokovic mengatasi Nick Kyrgios yang bersemangat dalam empat set untuk menuntut gelaran Wimbledon ketujuhnya dan mahkota grand slam ke-21 semalam.
Kejohanan Wimbledon: Novak Djokovic-Nick Kyrgios jadi pertemuan final penuh emosi
Novak Djokovic berpesan kepada peminat agar menjangkakan satu pertarungan penuh beremosi ketika berdepan Nick Kyrgios ketika turun merekodkan final grand slam ke-32 dalam Kejohanan Wimbledon, Isnin ini.
Kejohanan Wimbledon: Kyrgios kecam Tsitsipas 'lemah' selepas dilabel sebagai 'pembuli'
Nick Kyrgios melabel Stefanos Tsitsipas 'lemah' dan mempertahankan gelagatnya di gelanggang selepas pemain Greece itu menggelarnya sebagai 'pembuli' selepas pertembungan dalam saingan Kejohanan Wimbledon.
NBA: Thunder pull away from Mavs, Celtics rout Cavaliers in opener
Thunder, Celtics win openers
Gobert voted Defensive Player of the Year for 4th time
Gobert wins 4th career DPOY award
Terzic: Dortmund have made up for last season's Bundesliga failure
UCL run makes up for league failure
'I don't see why we shouldn't win' - BVB hero Hummels bullish ahead of Champions League final
Hummels bullish ahead of CL final
Veteran campaigner Hummels the hero as fine margins cost PSG
Data Debrief: PSG 0-1 BVB
'We weren't efficient' - Marquinhos bemoans PSG profligacy after Champions League exit
Marquinhos rued Paris Saint-Germain's Champions League exit, but focused on the positives of their run to the semi-finals.
Paris Saint-Germain 0-1 Borussia Dortmund (0-2 agg): Hummels header sends BVB into Champions League final
Report: PSG 0-1 BVB (0-2 agg)
Tuchel wants Bayern to discover their 'inner child' against Real Madrid
Tuchel not afraid of Real Madrid
Everton shareholders demand a decision on takeover
Everton fans want takeover decision
IPL: Royals downed by big-hitting Capitals
Royals lose again in IPL