Bintang Golden State Warriors, Stephen Curry, menjaringkan 40 mata untuk membantu pasukan menang 106-101 ke atas Cleveland Cavaliers.

Selepas meraih 47 mata ketika menewaskan Sacramento Kings, Curry menghangatkan suasana di Chase Center sekali lagi dengan satu lagi persembahan dengan menghasilkan 40 mata.

Di sebalik kemenangan itu, Cavaliers mendahului 72-62 ketika permainan tiga minit dalam suku ketiga. The Warriors kemudian menjaringkan 46-29 sekaligus memastikan kemenangan.

The Warriors ketinggalan 98-95 dengan permainan berbaki 90 saat, sebelum dua balingan tiga mata berjaya disempurnakan Curry, enam lagi mata sebelum tamat perlawanan.

Andrew Wiggins meraih 20 mata, Draymond Green merekodkan assist terbanyak bagi musim ini (13) dan rebound (9), sementara Jordan Poole menemui semula rentak dengan 18 mata dari bangku simpanan.