39 mata Stephen Curry tidak cukup untuk Golden State Warriors mengelak daripada kekalahan keempat berturut-turut ketika Jalen Suggs melonjak kemenangan Orlando Magic 130-129 sebentar tadi.

Juara bertahan, yang memimpin permainan dengan kelebihan 16 mata di satu peringkat, memasuki minit terakhir dengan kedudukan terikat sebelum Suggs berjaya mencari peluang memastikan kemenangan buat Magic.

Suggs menamatkan perlawanan dengan 26 mata dengan sembilan assist, sementara Pablo Banchero memperoleh 22 mata dengan lapan rebound.

Curry meraih 39 ,ata dengan sembilan assist buat Golden State. Klay Thompson kembali menemui rentak dengan memperoleh 27 mata.

Kekalahan itu bermakna Warriors jatuh kepada 3-6, selepas tewas tiga daripada empat perlawanan kepada lawan yang terlepas playoff tahun lalu. Golden State kini telah tewas lima kali di tempat lawan.