Pemain kelab Pahang Rangers, Sufri Shamil memilih untuk tidak lagi meneruskan karier futsalnya bersama kelab tersebut bagi musim depan.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh kelab tersebut, pihak Pahang Rangers menghormati keputusan pemain itu untuk tidak menyambung kontrak bersama kelab terbabit atas alasan peribadi oleh pemain itu sendiri.

"Kelab menghormati keputusan Sufri yang memilih tidak memperbaharui kontrak atas sebab komitmen karier dan keluarga." Jelas kenyataan tersebut yang dikeluarkan pada Jumaat.

Sejak menyertai PRFC pada pertengahan 2022, Sufri telah membuat 42 penampilan secara keseluruhan, meninggalkan pasukan dengan mengumpul 11 gol dan 14 assist.

"PRFC menghargai sumbangan Sufri sepanjang bersama PRFC, terima kasih atas komitmen, dedikasi, disiplin dan kenangan yang telah tercipta."Tambah kenyataan itu.