Skuad Hoki Pahang lima sebelah berjaya mara ke perlawanan separuh akhir selepas membenam pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan keputusan 4-3.

Aksi tersebut menjadi perhatian apabila pemain kebangsaan, Ismail Abu, mempamerkan persembahan cemerlang membantu pasukannya meraih kemenangan dengan menjaringkan tiga gol.

Berikutan keputusan yang membanggakan itu, sasaran awal yang diletakkan untuk ke layak separuh akhir kini tercapai dan bakal bertemu Melaka dalam penentuan merebut tiket ke perlawanan akhir.

Pengendali pasukan Pahang, Mohd Sufian Mohamad, berharap momentum yang terbina mampu dikekalkan sehingga ke aksi final sekali gus menjuarai Kejohanan Hoki Kebangsaan lima sebelah itu.

"Kita akan mempersiapkan diri menjelang perlawanan besar itu berdepan pasukan piliha.

"Kita mempunyai banyak peluang yang terhidang namun, para pemain mensia-siakan percubaan tersebut untuk memberikan kelebihan buat pasukan.

"Saya menyeru kesemua pemain melakukan kebangkitan dan mempelajari segala kesilapan kerana pasukan Melaka bakal turun untuk menonjolkan saingan yang luar biasa," katanya