Status Pahang selaku juara bertahan Liga Hoki Lima Sepasukan lelaki edisi lalu terus membutirkan sinar apabila bermula dengan langkah kanan sebaik memastikan kemenangan 9-6 menewaskan Sarawak di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil.

Ketua jurulatih Pahang, Mohd Sufian Mohamad, menegaskan antara perubahan yang diketengahkan dalam skuad adalah dengan memasukkan pemain muda yang lebih laju dan tangkas bagi tujuan mengucar-ngacirkan pertahanan lawan.

Namun, pengendalinya enggan mendabik dada ekoran kebangkitan Sarawak dengan gol bertubi-tubi pada saat akhir sememangnya menerbitkan kerisauan buat Pahang.

"Tahun ini saya ketengahkan ramai bakat muda yang mempamerkan prestasi memukau namun, masih perlu membaiki tahap keseluruhan pasukan daripada kerap dibolosi selepas ini," kata jurulatih, Mohd Sufian Mohamad.