Ultras Sri Pahang, Elephant Army (EA), menafikan membuat kerjasama dengan sebuah jenama dimiliki oleh seorang usahawan yang juga pempengaruh.
Ia susulan tular penggunaan logo tidak sah EA pada pakaian yang dijual oleh pihak berkenaan.
"Kami ingin memaklumkan bahawa terdapat insiden penggunaan tidak sah logo Elephant Army oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
"Sebagai sebuah pergerakan bebas, kami amat menitikberatkan penggunaan logo kami. Ini bagi mengelakkan terjadinya salah faham dan usaha pengambilan untung yang berlawanan dengan prinsip kami.
"Kami amat menitikberatkan integriti simbol-simbol yang mewakili kami dan ingin menjelaskan tidak ada sebarang kerjasama antara jenama tersebut dengan pihak kami," ujar kenyataan rasmi EA di Facebook milik mereka.
Kenyataan itu juga memberitahu, pihak EA menegaskan bahawa logo tersebut telah didaftarkan secara rasmi sebagai cap dagangan di bawah perbadanan harta intelek Malaysia.
Ujarnya, proses pendaftaran tersebut adalah untuk melindungi hak cipta dan memastikan bahawa logo itu hanya digunakan dalam konteks yang sah dan dengan kebenaran pihak EA.
Jelas EA lagi, hak cipta adalah hak eksklusif yang diperuntukkan di bawah undang-undang untuk satu tempoh masa tertentu kepada pencipta karya untuk mengawal penggunaan karya mereka dan perlindungan hak cipta di Malaysia adalah berasaskan kepada Akta Hakcipta 1987.
"Kami ingin menasihati kepada mana-mana pihak agar tidak menyalahgunakan logo kami, sama ada sengaja atau tidak sengaja, kerana menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 38, Akta Cap Dagangan 1976 dan boleh diambil tindakan oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
"Ignorance of law is not an excuse! Respect the logo! Elephant Army," ujar kenyataan itu.
Sementara itu, usahawan berkenaan, Khalieda Yusra, yang dikenali dengan produk Kieda Crepe, dalam hantaran Facebook miliknya memberitahu pihak mereka memohon kerjasama pelanggan yang telah membeli pakaian tersebut supaya memulangkan semula produk itu selain meminta maaf kepada EA kerana menggunakan logo terbabit.
"Kami belajar lagi pengalaman baru. Kieda minta semua repost video ni supaya kami tidak mahu makan duit haram melalui logo orang seperti mana netizen komen.
"Kami nak cari rezeki yang berkat. Minta jasa baik semua customer 'return' balik baju yang dibeli. Dan mohon maaf kepada pihak EA kerana mengunakan logo tersebut," ujarnya.
Difahamkan sebanyak 150 helai baju berkenaan telah dijual.
Dalam hantaran itu juga, sebuah klip video berdurasi satu minit 34 saat dimuat naik memaparkan lelaki dikenali Amy, yang juga suami Khalieda, memberitahu pihaknya akan menggantikan pakaian tersebut dengan membuang logo EA dengan logo baru dan akan dipos kembali kepada pelanggan pada kadar segera.
--Sinar Harian
Stadium Astro
Tue Jul 23 2024
Unifi Piala Malaysia: JDT mudah ke separuh akhir singkir KL City
Johor Darul Ta'zim (JDT) menepati ramalan apabila mara ke separuh akhir Unifi Piala Malaysia dengan kelebihan agregat 6-1 selepas menewaskan Kuala Lumpur City 4-0 dalam aksi suku akhir kedua di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri sebentar tadi.
Reaksi penyokong Malaysia: Mahu pemain JDT perkuat Harimau Malaya, tuntut beberapa kelab beri kerjasama penuh
Penyokong bola sepak negara memberikan reaksi berbeza selepas menyaksikan Harimau Malaya gagal ke separuh akhir Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024 ketika diikat Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), semalam.
Piala Dunia Wanita 2027: Netflix sah penyiar rasmi perlawanan secara langsung
Aplikasi penstriman, Netflix, secara rasmi memperoleh hak penyiaran untuk menayangkan liputan langsung Piala Dunia Wanita 2027 dan 2031 di Amerika Syarikat.
Piala AMEC: Info siaran langsung (live streaming) Indonesia vs Filipina
Indonesia akan berdepan misi wajib menang menentang Filipina dalam aksi terakhir Kumpulan B, Piala ASEAN Mitsubishi Eletric (AMEC) di Stadium Manahan, Surakarta malam ini.
Unifi Piala Malaysia: Info siaran langsung (live streaming) Terengganu lawan Negeri Sembilan
Terengganu akan melayani kunjungan Negeri Sembilan bagi aksi suku akhir kedua Unifi Piala Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu malam ini.
Nadi Bola Latihan Pasukan: Seladang atau Tok Gajah ke separuh akhir Piala Malaysia?
Sri Pahang mempunyai kelebihan satu gol berdepan Perak dalam suku akhir pertama Unifi Piala Malaysia.
Unifi Piala Malaysia: Info siaran langsung (live streaming) JDT lawan KL City
Johor Darul Ta'zim (JDT) akan melayani kunjungan Kuala Lumpur City bagi aksi suku akhir kedua Unifi Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri petang ini.
PDRM buka siasatan insiden pergaduhan penyokong di LRT
Polis DiRaja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan terhadap pergaduhan antara penyokong bola sepak yang berlaku di transit aliran ringan (LRT) Stesen Bandar Tasik Selatan, semalam.
Piala AMEC: Wan Kuzain terkejut lihat aksi mantap Singapura singkir Harimau Malaya
Pemain warisan negara, Wan Kuzain Wan Ahmad, terkejut melihat kawalan bola yang dipamerkan Singapura ketika menyingkirkan Malaysia dalam saingan peringkat Kumpulan A, Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024, sebentar tadi.
Piala AMEC: Sukar bermain di Bukit Jalil, pujian buat Singapura -- Safuwan Baharudin
Pertahanan Singapura, Safuwan Baharudin, memberikan pujian atas usaha pasukannya mengekang Malaysia memperoleh kemenangan dalam aksi peringkat kumpulan Piala ASEAN Mitsubishi Electric di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), sebentar tadi.
Atletico Madrid not getting carried away after moving top of LaLiga
Atleti revel in Barca win
Alonso: Freiburg rout 'not as easy as it seemed' for Leverkusen
Alonso lauds Leverkusen rout
Arteta 'really worried' by Saka injury in Palace win
Arteta 'really worried' by Saka
Barcelona 1-2 Atletico Madrid: Sorloth snatches smash-and-grab victory
Report: Barcelona 1-2 Atletico
'I did not like a single thing about the second half' - Conte frustrated despite Genoa win
Conte frustrated despite Genoa win
'For us, it's on!' - Arteta backs Arsenal in title challenge
Arteta: Title challenge is on
Leverkusen 5-1 Freiburg: Schick scores four as hosts go goal crazy
Report: Leverkusen 5-1 Freiburg
Crystal Palace 1-5 Arsenal: Christmas comes early for Jesus in Selhurst Park rout
Report: Crystal Palace 1-5 Arsenal
Genoa 1-2 Napoli: Anguissa and Rrahmani lift Conte's side to Serie A summit
Report: Genoa 1-2 Napoli
McKenna: Newcastle had 'too much' for Ipswich in thumping defeat
McKenna honest in Ipswich defeat