Presiden Persatuan Bola Keranjang Malaysia, Datuk Seri Lee Tian Hock, mengesahkan tiada penyertaan pemain naturalisasi seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini, bagi menghadapi Sukan SEA 2027.

Jelas beliau, usaha mencari bakat tersebut gagal kerana ketiadaan pemain yang benar-benar difikirkan mampu beraksi pada kualiti terbaik dalam menyarung jersi kebangsaan.

Beliau juga berjanji ganjaran setimpal bakal disajikan kepada skuad kebangsaan andai berjaya meraih sebarang pingat.

Tian Hock ditemui pada majlis menandatangani kolaborasi hartanah MABA dan Exsim di Kuala Lumpur semalam.

"Kami tiada perancangan itu buat masa ini. Kami akan membentuk pasukan menggunakan barisan pemain tempatan. Saya percaya persiapan yang dilakukan buat pemain Malaysia ini akan memastikan pasukan yang berkualiti," katanya menerusi Nadi Arena.