Kemeriahan Le Tour de Langkawi (LTdl) hari ini dikejutkan insiden kemalangan kenderaan yang membawa pelumba Giant Cycling Team dari China yang dalam perjalanan ke pelepasan peringkat ketiga.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur LTdL, Datuk Ahmad Shapawi Ismail, mengesahkan tiada kecederaan serius berlaku dan keempat-empat pelumba mampu meneruskan saingan dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Jeli.

"Jawatankuasa Pelaksana LTdL 2023 ingin memaklumkan kemalangan berkenaan berlaku selepas pemandu hilang kawalan di satu selekoh selepas terlajak daripada garisan permulaan di UMK Jeli.

"Jadi van itu telah berpatah balik untuk menuju ke UMK Jeli di KM 34 menuju ke Baling. Berlaku sedikit kecuaian dan perkara ini kita tidak boleh diambil mudah.




"Laporan polis telah dibuat di IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Jeli dan pemandu terlibat telah ditukar.

"Tiga mangsa telah dibawa ke Hospital Jeli, manakala dua lagi mangsa menerima rawatan awal di tempat kejadian. Tiada sebarang kecederaan serius," katanya.