Jelajah Golf Piala Toyota Vios kini miliki juara baru, selepas dua edisi lalu dimonopoli pemain kebangsaan, Galvin Green, hasrat mencipta hatrik dinafikan Paul San yang mengakhiri saingan dengan 208 pukulan, 8 di bawah par.

Manakala kategori wanita, Ng Jing Xuen, menepati ramalan menerusi 213 pukulan 3 bawah par.

Kelab Golf Templer Park memberikan rasa berbaur majoriti peserta untuk edisi kali ini -- dengan pendekatan suasana yang bersifat semulajadi, saingan edisi kali ini disifatkan sukar dan memerlukan kepakaran tambahan.

Ia diakui juara baru, Paul San, yang tidak menduga hari terakhir sepenuhnya memihak kepadanya.

Menerusi perbezaan tiga pukulan di bawah par, pecutan daripada Malcolm Ting gagal membuahkan hasil, meletakkan Paul San terus unggul.

Manakala kategori wanita, Jing Xuen tampak selesa dengan kelebihan tiga pukulan tanpa cabaran besar daripada peserta di kedudukan kedua, Aretha Pan.