Juara Kejohanan Golf Jelajah Toyota Trofi Tun Ahmad Sarji Edisi 2023, Danny Chia, tidak mampu menyembunyikan kekecewaannya dalam aksi pusingan kedua hari ini selepas melakukan beberapa kesilapan sehingga kedudukannya kini jatuh ke tangga ketiga.

"Saya tidak berpuas hati dengan pukulan drive.

"Saya berjaya bangkit, ia agak tidak menentu, tidak banyak yang boleh saya lakukan cuma perlu elak daripada ketinggalan jauh.




"Saya harap dapat melakukan pukulan yang lebih esok dan selagi ia bertambah baik, saya rasa lebih berpeluang untuk menamatkan saingan di tempat terbaiki," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.

Bagaimanapun, pemain senior berusia 51 tahun itu menyifatkan saingan musim kali ini lebih hebat dan gembira dengan kehadiran bintang muda yang mampu memberi saingan cukup kompetitif buat landskap sukan golf negara.

"Ramai pemain muda muncul dalam pertandingan ini.

"Lapang sasar di sini terutama green juga agak mencabar dan ia sesuatu yang bagus," katanya.