Kurang daripada 24 jam sebelum pusingan ketiga Jelajah Golf Toyota bermula, Afif Fathi memilih untuk tidak membuat sebarang perubahan atau penambahbaikan dalam corak "putting" nya.

Walaupun mengakhiri dua jelajah sebelum ini di kelompok 15 terbaik, Afif percaya lokasi kali ini di Templer Park Country Club bakal memberikan magis dalam persembahannya nanti.

"Selalunya penambahbaikan pada saat akhir ini tidak konsisten, saya gunakan apa yang saya ada sepanjang latihan beberapa bulan sebelum ini dengan jurulatih.

"Tempat ini istimewa kerana ada sebuah bukit yang akan memberikan tindak balas pada cara kita bermain.

"Graviti akan hadir daripada bukit, kerana bukit itu besar maka bola itu akan mengikut bukit tersebut." katanya kepada Nadi Arena.

Dalam sama masa, dia yang juga ditemani Syahiran Syakir dan Zia Izzuddeen turut mengadakan program klinik Jelajah Toyota Junior yang membabitkan peminat cilik untuk lebih mendalami sukan itu dengan teknik yang tepat.

"Kejohanan ini sangat menarik, setiap kali mereka menganjurkan saya berminat untuk turut serta." katanya.