Lewis Hamilton sangat kecewa dengan dirinya sendiri selepas dia dan rakan sepasukan Mercedes, George Russell, tersingkir dalam kelayakan menjelang Grand Prix (GP) Austria, hujung minggu ini.
Berdasarkan pecutan di Spielberg sebentar tadi, perlumbaan sebenar kelak pasti menjanjikan persembahan dramatik selepas pemandu Red Bull, Max Verstappen, terpantas di depan duo Ferrari, Charles Leclerc dan Carlos Sainz.
Hamilton masih belum memenangi sebarang perlumbaan musim ini selepas 10 pusingan tetapi kelihatan hampir pasti merebut petak utama sebelum keretanya hilang kawalan di Pusingan 7, lalu menyebabkannya terbabas ke penghadang.
Kemalangan ketika sesi kelayakan ketiga (Q3) itu secara tidak langsung menjejaskan peluangnya untuk bermula di petak hadapan, juara dunia tujuh kali tersebut sebaliknya tergelincir ke petak ke-10.
Russell turut bernasib baik apabila dia menyebabkan satu lagi bendera merah selepas jenteranya berpusing ke penghadang di selekoh terakhir.
Bagaimanapun, Hamilton yang mencatat masa terpantas dalam permulaan Q2 kecewa gagal melaksanakan tugas di Red Bull Ring itu.
"Ia satu pelanggaran yang teruk tetapi saya tidak apa-apa," katanya kepada Sky Sports.
“Saya amat kecewa dengan diri sendiri dan sangat terkilan berikutan pasukan telah bekerja keras untuk menyiapkan kereta ini.
"Saya terbabas di penghujung Pusingan 7 dan itu sahaja. Saya begitu bersemangat. Sudah tentu saya bersemangat untuk melihat kemampuan kami. Hari ini, saya tidak sangka ia begitu dekat.
"Ia satu tanda positif yang besar daripada pasukan tetapi saya agak jauh (untuk memecut) jadi saya tidak pasti apa yang mungkin boleh dilakukan di situ.
"Saya harap saya boleh menebus masa yang hilang."
Shaiful Shamsudin
Fri Jul 08 2022
Max Verstappen muncul juara GP China
Pelumba Red Bull, Max Verstappen, terus mempamerkan aksi cemerlang apabila muncul juara GP China dalam saingan Formula Satu di Litar Antarabangsa Shanghai, sebentar tadi
F1: Pergelangan tangan patah nafi hajat Daniel Ricciardo
Daniel Ricciardo terpaksa diketepikan untuk Grand Prix (GP) Belanda hujung minggu ini selepas patah pergelangan tangan dalam sesi latihan, menurut agensi berita, PA.
GP Bahrain: Max Verstappen tak sangka mulakan kempen F1 di petak hadapan
Juara dunia Formula Satu (F1), Max Verstappen, terkejut apabila meraih petak hadapan kelayakan Grand Prix (GP) Bahrain.
F1: Semangat Lewis Hamilton makan diri
Lewis Hamilton sangat kecewa dengan dirinya sendiri selepas dia dan rakan sepasukan Mercedes, George Russell, tersingkir dalam kelayakan menjelang Grand Prix (GP) Austria, hujung minggu ini.
F1 perkenal peraturan baru dengan serta-merta
Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) mengemas kini peraturan sukan dan teknikal Formula Satu (F1) menjelang perlumbaan di Silverstone hujung minggu ini termasuk meminda peraturan mengenai unit kuasa.
F1: Nasib Sebastian Vettel bergantung kepada perubahan jentera Aston Martin
Sebastian Vettel yakin Aston Martin mampu mengubah senario permulaan yang mengecewakan pada 2022 di tengah-tengah keraguan mengenai masa depannya dalam Formula Satu (F1).
F1: Hamilton remehkan peluang awal Mercedes
Lewis Hamilton tidak jangka mampu melakar kemenangan dalam permulaan musim baru Formula Satu (F1) berikutan kekurangan jenteranya ketika ini selepas menempuhi kesukaran dalam sesi ujian awal pagi tadi.
Hamilton mungkin bersara daripada F1 -- Ecclestone
Bernie Ecclestone percaya Lewis Hamilton mungkin terdorong untuk bersara daripada Formula Satu (F1) selepas kehilangan kejuaraan dunia di Abu Dhabi dengan cara yang memilukan.
Verstappen pecah dominasi Hamilton muncul juara
Max Verstappen masih sukar mempercayai dan berasa luar biasa selepas merampas kejuaraan Formula Satu (F1) untuk gelaran pertamanya menerusi gaya paling dramatik di Grand Prix Abu Dhabi, awal pagi tadi.
F1: Lewis Hamilton bidas polisi hak asasi Arab Saudi
Lewis Hamilton mengakui tidak selesa berlumba di Arab Saudi berhubung rekod hak asasi manusia negara itu sambil berkata ia bukan pilihannya untuk berada di sana.
NBA: Celtics, Mavericks take 2-1 leads in conference semifinals
Celtics, Mavs take 2-1 leads
Ancelotti excited by Guler potential after Madrid teenager's goal at Granada
Vinicius Junior, Rodrygo and Jude Bellingham are among Real Madrid's stars, but Arda Guler continues to prove his worth for the future.
'The best winger on the planet' – Guardiola lauds defender Gvardiol after Fulham rout
Guardiola lauds Gvardiol heroics
Pioli lauds Milan determination after snapping winless run with Cagliari triumph
Pioli lauds Milan grit
Milan 5-1 Cagliari: Rossoneri back to winning ways after Pulisic double
Report: Milan 5-1 Cagliari
Madrid's two-goal hero Diaz turns focus to Champions League glory after Granada win
Diaz focused on CL final
Terzic slams Mainz showing after Dortmund suffer Champions League hangover
Terzic slams Dortmund showing
Wolves have work to do as promising season fizzles out, says O'Neil
O'Neil: Wolves have work to do
Pochettino reiterates desire to stay at Chelsea as improved form continues
Poch intends to stay at Chelsea
Palace star Olise would have hit 20 goals without injuries, says Andersen
Michael Olise has made a huge impact in limited Premier League minutes this season, and is sure to attract interest in the transfer market.