Shaiful Shamsudin
Sun Mar 13 2022

Lewis Hamilton tidak jangka mampu melakar kemenangan dalam permulaan musim baru Formula Satu (F1) berikutan kekurangan jenteranya ketika ini selepas menempuhi kesukaran dalam sesi ujian awal pagi tadi.
Bintang Great Britain -- yang telah memenangi gelaran pemandu sebanyak tujuh kali -- itu mahupun rakan sepasukan barunya di Mercedes, George Russell, gagal menempatkan diri antara yang terpantas pada hari terakhir ujian pramusim di Bahrain sementara Max Verstappen mengungguli catatan masa.
Juara bertahan dari pasukan Red Bull tersebut beraksi dengan baik seminggu sebelum membuka kempen dalam Grand Prix (GP) Bahrain, sehubungan itu Hamilton tidak menaruh harapan tinggi untuk membuat permulaan yang memberangsangkan memandangkan Mercedes masih berdepan masalah prestasi dengan jentera W13 itu.
"Saya pasti semua orang boleh memikirkannya, kami bukan yang terpantas buat masa ini," katanya dalam sidang akhbar.
"Ferrari kelihatan paling pantas dan mungkin juga Red Bull, kemudian mungkin baru kami atau McLaren. Saya tidak pasti tetapi sudah tentu kami bukan yang di puncak.
“Jelas sekali masih terlalu awal untuk meletakkan sebarang harapan untuk memenangi kejuaraan pemandu atau terlintas mengenainya. Saya tidak fikir bahawa ketika kami akan bersaing untuk kemenangan.
"Tetapi kereta kami berpotensi besar untuk membawa kami ke sana. Kami hanya perlu belajar bagaimana untuk menjananya dan menyelesaikan beberapa masalah.
"Itulah yang kami sedang usahakan dan semua orang melakukan kerja yang luar biasa termasuk yang di kilang, mereka bekerja sekeras mungkin dan kami mempunyai beberapa rintangan untuk diatasi."
Hamilton, yang memenangi perlumbaan pembukaan di Bahrain itu pada musim 2021, juga menafikan dia sengaja bertindak demikian bagi menyorok kekuatan sebenar keretanya.
"Sudah tentu minggu depan kami akan mempamerkan satu persembahan yang lebih baik daripada hari ini tetapi saya fikir orang ramai akan terkejut," jelasnya.
"Orang ramai mengatakan bahawa kami sengaja meremehkan diri sendiri tetapi hakikatnya saingan tahun ini agak berbeza.
"Perasaannya jauh berbeza. Ia tidak begitu baik, saya tidak fikir ia akan kelihatan seperti tahun lalu di sebalik kesukaran yang turut kami hadapi dalam sesi ujian sebelum mula mencipta kemenangan.
"Saya fikir kali ini kami akan berdepan cabaran yang jauh lebih besar dan ia tidak mampu diatasi dalam tempoh seminggu sahaja. Ia akan mengambil sedikit masa lagi.
"Tetapi daripada apa yang saya diberitahu, kami mampu meningkatkan kepantasan."

F1: Lewis Hamilton tidak tolak Max Verstappen sapu bersih baki perlumbaan
Lewis Hamilton khuatir bahawa Max Verstappen berpeluang tinggi memenangi kesemua baki 10 perlumbaan musim ini sambil percaya penguasaan hebat pengendali Belanda itu mampu bertahan sehingga 2026.

F1: Verstappen, Red Bull teruskan dominasi dalam GP Hungary
Lewis Hamilton memohon maaf kepada Mercedes atas persembahan buruknya dalam perlumbaan Formula 1 (F1) Grand Prix Hungary, sekali gus membenarkan Max Verstappen meraih satu lagi kemenangan malam tadi.

F1: Lando Norris 'berbesar hati' bersaing dengan Lewis Hamilton
Lando Norris bersedia untuk mencipta sejarahnya sendiri selepas berdepan dengan Lewis Hamilton dalam perlumbaan GP British di Silverstone semalam.

F1: Hamilton di tempat ke-15 dalam sesi latihan, dominasi Verstappen berterusan
Lewis Hamilton hanya menduduki tempat ke-15 dalam sesi latihan pada hari yang membimbangkan untuk pasukan kegemaran tuan rumah di Grand Prix Britain.

Lewis Hamilton pertahan watak Brad Pitt dalam F1
Lewis Hamilton mempertahankan pelakon, Brad Pitt, untuk memegang watak sebagai pemandu Formula Satu (F1) dan pelakon Hollywood tersebut akan memulakan penggambaran untuk membintangi filem terbarunya itu dalam Grand Prix (GP) Britain, hari ini.

F1: Lewis Hamilton tuntut pendekatan lebih adil bina jentera
Lewis Hamilton menyeru penggubal peraturan Formula Satu (F1) agar memperkenalkan peraturan baharu yang radikal demi menamatkan dominasi Max Verstappen dalam sukan itu.

F1: Lewis Hamilton kekal 'bermotivasi tinggi' kejar gelaran kelapan
Damon Hill telah memuji Lewis Hamilton kerana cara dirinya 'mengendalikan situasi' selepas kontroversi Abu Dhabi -- dan percaya pemandu Mercedes itu 'benar-benar bermotivasi' untuk memenangi gelaran dunia buat kali kelapan.

F1: Lewis Hamilton tetap puas hati raih podium GP Kanada
Lewis Hamilton berkata dia berbesar hati untuk bersaing dengan dua juara dunia selepas menamatkan saingan di belakang Max Verstappen dan Fernando Alonso dalam Grand Prix (GP) Kanada.

F1: Hamilton harap Mercedes menyerlah di GP Sepanyol
Lewis Hamilton telah mengakui bahawa peningkatan Mercedes adalah 'bukan langkah ke hadapan' yang dia harapkan menjelang Grand Prix Sepanyol.

F1: Mana mungkin Hamilton sertai Ferrari -- Ecclestone
Bernie Ecclestone berkata dia akan terkejut jika Ferrari melakukan perpindahan terbesar dalam sejarah Formula Satu baru-baru ini dengan menandatangani Lewis Hamilton.

Tony Mowbray wants teams to fear Sunderland after another strong away display
The Black Cats were 3-0 winners at struggling Sheffield Wednesday.

Captain Ardie Savea proud of New Zealand’s 14-try drubbing of Italy
The All Blacks ran in 14 tries in a 96-17 victory in Lyon.

It is the food – Mikel Arteta suggests reason behind string of Basque coaches
Arteta will come up against old friend Andoni Iraola at Bournemouth on Saturday.

Only action from players will prompt changes to brutal schedules – Pep Guardiola
The Manchester City boss says he is ‘not going to influence anyone’.

Ange Postecoglou had a love of Liverpool as a youngster but says ‘things change’
The Spurs boss will aim to protect his lengthy unbeaten home record in league fixtures on Saturday night.

Barcelona gifted win over Sevilla by Sergio Ramos own goal
The former Real Madrid defender diverted Lamine Yamal’s header past his own keeper.

New Zealand close on World Cup quarter-final spot with 14-try mauling of Italy
Aaron Smith scored a first-half hat-trick as the All Blacks ran riot in Lyon.

Sheffield Wednesday hit a new low as Sunderland ease to victory at Hillsborough
The Black Cats won their fourth match in five comfortably.

Ben Earl raised eyebrows when he first arrived at Saracens, says Maro Itoje
The dynamic back row is taking his debut World Cup by storm.

Five-star Hamilton too hot for Annan
Accies hit four goals in the second half to make it seven wins from eight matches.