‘Welcome Aboard Jon Rahm’. Juara dua kali gelaran major PGA yang muncul bintang terbaru menghiasi kalendar saingan LIV golf bagi musim 2024 – dengan sensasi kelahiran Sepanyol ini berjaya butirkan aksi cukup memukau dalam kempen pembukaan di Mayakoba, Mexico.

Muncul kapten bagi pasukan Legion XIII bersama-sama dengan Tyrrell Hatton, Caleb Surratt dan Kieran Vincent, mereka kini berada di tangga kedua keseluruhan menerusi catatan 10 pukulan di bawah par.

Rahm yang menjadi tunjang kepada keunggulan Legion XIII juga tidak menghampakan dalam catatan individu apabila kini terikat di kedudukan kedua keseluruhan bersama-sama dengan Dean Burmester menerusi catatan 9 pukulan di bawah par.

Tinggal satu lagi pusingan perlu diharungi Rahm dan rakan-rakan yang semestinya bakal jadi penentu kejuaraan yang menawarkan habuan hampir 50 juta Dolar Amerika. Wow! Asyuk… Kalau dah menang jangan lupa belanja Stadium Astro ya!