Ikon sukan permotoran dua roda negara, Azlan Shah Kamaruzaman, kini menceburi perusahaan makanan dan apa yang lebih menarik, dia turut menjadi penghantar makanan bermotosikal.
Bekas pelumba Moto2 itu, yang kini antara jagoan dalam Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC), mula menghantar makanan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diaplikasikan Mac lalu.
Azlan Shah mengakui pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia ketika ini menjadikan 2020 sebagai tahun yang sukar dan tidak malu untuk berubah daripada belumba di litar untuk kini menjadi penghantar makanan bermotosikal.
"Pada mulanya perniagaan kedai makan saya berjalan seperti biasa, cuma apabila PKP bermula, ramai yang tidak boleh keluar dan saya terfikir idea untuk menghantar makanan ke rumah pelanggan.
"Selepas itu, ramai yang memohon untuk saya sendiri yang menghantar makanan kepada mereka.
"Saya menjalankan perniagaan dengan adik saya, Alhamdulillah, kami menjual ayam penyet dan menghantarnya kepada pelanggan di sekitar Kuala Lumpur dan Shah Alam," katanya.
Mengulas mengenai pengalaman barunya itu, Azlan Shah menambah: "Yang pahitnya, saya perlu meredah hujan dan basah. Yang manis pula, saya menerima banyak pesanan daripada peminat yang mahu berjumpa saya secara berdepan.
"Alhamdulillah, peminat banyak menyokong saya dalam penjualan makanan ini.
"Ia mengikut hari, adakalanya banyak dan adakalanya sedikit. Paling banyak saya rasa dalam 40 ke 50 tempahan (sehari).
"Tahun ini, semua orang akan rasa kesusahannya. Ramai yang bekerja kehilangan pekerjaan.
"Bagi saya, tahun memang begitu sukar untuk semua dan saya faham COVID-19 ini bukan perkara yang senang untuk dihadapi.
"Tetapi adakalanya kita perlu bangkit dan menghadapinya bersama-sama.
"Saya tidak malu kerana ia perusahaan saya bersama keluarga.
"Tidak kisah apa sahaja yang saya lakukan, yang penting rezeki itu halal dan saya gembira untuk melakukannya.
"Saya gembira menghantar makanan kerana dapat menjelajah laluan yang saya tidak pernah masuk sebelum ini, jadi saya gembira dengan apa yang saya lakukan," katanya.
Muzaffar Musa
Sun Nov 15 2020
ARRC: Dia pelumba yang amat berpengalaman -- Azlan Shah nikmati persaingan hebat Hafizh Syahrin
Menjelang perlumbaan pusingan ketiga Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) di Litar Motegi, Jepun awal bulan depan, pelumba TKKR Racing Team, Azlan Shah Kamaruzaman, berkata dia sedang menikmati persaingan sihat dengan pelumba JDT Racing Team, Hafizh Syahrin Abdullah.
ARRC: Azlan Shah, Azroy Hakem tetamu Nadi Arena malam ini
Ini berita baik buat peminat sukan permotoran, khususnya saingan Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC).
ARRC: Tayar depan saya terlebih 'masak' untuk kejar Hafizh Syahrin -- Azlan Shah
Pelumba TKKR Racing Team, Azlan Shah Kamaruzaman, mengakui terlebih menggunakan brek dan tayar depannya untuk mengejar Hafizh Syahrin Abdullah sebelum menamatkan perlumbaan pertama Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) di Litar Antarabangsa Zhuhai, China hari ini.
ARRC: Hafizh Syahrin pastikan kejuaraan pertama JDT di litar Zhuhai, Azlan Shah ketiga
Pelumba JDT Racing Team, Hafizh Syahrin Abdullah, mengungguli perlumbaan pertama Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) kategori AS1000 di Litar Antarabangsa Zhuhai, China sebentar tadi.
ARRC: Azlan Shah sasar podium dengan enjin baru dari Jerman
Penunggang TKKR Racing Team, Azlan Shah Kamaruzaman, menyasarkan kedudukan podium dalam pusingan kiedua Kejuaraan Motosikal Asia di Litar Antarabangsa Zhuhai, China yang akan bermula 19 April esok.
ARRC 2024 — satu enjin, jentera lama apa ada hal!
Mencecah 40 tahun, terbukti pengalaman mengajarnya untuk lebih bersemangat berlumba.
ARRC: Azlan Shah juara, Hafizh Syahrin hanya bertahan tidak sampai sepusingan
Pelumba JDT Racing Team, Hafizh Syahrin Abdullah, hanya bertahan tidak sampai sepusingan dalam penampilan perdana pasukan itu di pentas Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) di Litar Antarabangsa Chang sebentar tadi.
ARRC: Jangan lagakan pelumba, pesan Azlan Shah buat penyokong
Pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman, memberikan pesanan ringkas buat penyokong Malaysia menjelang saingan Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) FIM 2024 yang bakal bermula.
Moto3: Azlan Shah gesa beri masa kepada Damok
Wakil tunggal negara dalam Moto3, Syarifuddin Azman atau lebih dikenali sebagai Damok, perlu diberikan masa untuk mencipta nama.
Azlan Shah tidak malu jadi penghantar makanan
Ikon sukan permotoran dua roda negara, Azlan Shah Kamaruzaman, kini menceburi perusahaan makanan dan apa yang lebih menarik, dia turut menjadi penghantar makanan bermotosikal.
NBA: Edwards scores 43 to lift Timberwolves over Nuggets in Game 1
Edwards scores 43 as Wolves win
Seattle Sounders v LA Galaxy: Sluggish starts frustrating Vanney
Preview: Sounders v LA Galaxy
Haaland pinpoints collective Man City quality after four-goal blitz of Wolves
Haaland lauds City team effort
Verstappen follows up sprint race win by taking pole at Miami Grand Prix
Verstappen takes pole in Miami
Mallorca 0-1 Atletico Madrid: Early Riquelme strike earns narrow win
Report: Mallorca 0-1 Atletico
Sassuolo 1-0 Inter: Serie A champions suffer surprise defeat
Report: Sassuolo 1-0 Inter
Xavi insists there is 'no debate' over his Barcelona future
Xavi: I am p***** off
New York City FC v Colorado Rapids: Hosts’ morale strong as Cushing aims to extend winning run
Preview: NYCFC v Rapids
Swiatek topples Sabalenka in thrilling Madrid Open final
Swiatek wins Madrid Open
Ronaldo delivers another hat-trick as Al Nassr ease past Al Wedha
Al Nassr had Cristiano Ronaldo to thank for Saturday's thrashing of Al Wedha, in which Sadio Mane also impressed.