Emas pertama skuad taekwondo negara dalam sejarah Sukan Universiti ASEAN (AUG) memastikan kontinjen Malaysia mancapai sasaran 35 pingat emas di Ubon Ratchtani, Thailand hari ini.

Untuk edisi kali ini, skuad negara memiliki dua wakil dalam final acara poomsae, iaitu Jason Loo bagi kategori lelaki dan Nurul Hidayah Abdul Karim dalam kategori wanita

Jason, muncul pemenang pingat perak dengan catatan 8.166 mata di belakang atlet Thailand, Worapol Sianglio (8.233 mata)

Nurul Hidayah kemudian mempamerkan aksi terbaiknya untuk memenangi pingat emas dengan catatan 8.383 mata, mengatasi atlet Thailand, Thunsinee Mookda (8.350 mata) di tempat kedua.

Gangsa bagi acara itu dimenangi atlet Indonesia, Ruhil Masri, dengan 8.049 mata.