Aiden Tai John Roberts mengungguli Kejohanan Golf Remaja 2024 apabila memastikan kejuaraan buat di Templer Park Golf and Resort, hari ini.

Dalam temu ramah bersama wartawan Astro Arena, Fatin Ruzaiman, Aiden Tai mengakui dirinya kecewa dengan prestasi yang dipamernya.

Tambahnya, dia tidak berpuas hati dengan pukulan yang dilakukan pada hari kemuncak kejohanan tersebut.

"Saya sebenarnya boleh melakukan pukulan yang lebih baik dari tadi," katanya.

Akan tetapi, kekecewaan dan kesedihannya itu berjaya diubati apabila dia memperolehi kemenangan dengan kelebihan 220 pukulan empat di atas par meninggalkan saingannya dibelakang, Ammer Aiman Mohd Fauzi.

Ammer Aiman yang tumpas ditangan Aiden Tai hanya berjaya mencatat 221 pukulan sahaja sekaligus memberikan kejuaraan buat Aiden Tai.





Dia juga turut meluahkan rasa kecewanya apabila hanya tewas dengan satu pulukan kepada Aiden Tai.

Corak permainannya yang tidak menjadi itu hanya mengundang kepenatan buat dirinya, sekali gus punca utama kekalahan tipisnya itu.