Juara beregu campuran Jelajah Akhir Dunia (WTF) yang baru ditabalkan semalam, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong, memuji Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, sambil berkata rakyat Malaysia mempunyai keupayaan untuk menewaskan sesiapa sahaja.
Zheng-Huang terpaksa mengerah keringat untuk menjamin kemenangan 21-18, 14-21, 21-17 ke atas Chen-Toh untuk kejuaraan keempat mereka di hadapan penyokong sendiri di Hangzhou, China.
Ia juga memberikan Si Wei hadiah perpisahan yang sempurna berikutan sudah pun meluahkan hasrat persaraannya.
Begitupun, gandingan China itu yang telah mengecapi kejayaan dalam kesemua kejohanan utama termasuklah memenangi pingat emas Olimpik Paris mahu memberi penghormatan kepada Chen-Toh.
“Ee Wei sebenarnya agak tangkas di jaring dan mereka juga pantas. Tang Jie pula mempunyai serangan yang garang, Saya rasa mereka mempunyai keupayaan untuk menewaskan sesiapa sahaja,” kata Si Wei.
Beregu campuran Malaysia itu mempamerkan semangat kesukanan yang hebat selepas perlawanan dengan mengucapkan tahniah kepada lawan mereka, malah Tang Jie mengangkat tangan Si Wei sebagai pengiktirafan terhadap seterunya itu.
Gandingan nombor lapan dunia itu juga berbangga dengan usaha mereka sepanjang minggu lalu di samping bercita-cita untuk mengikut jejak Si Wei-Ya Qiong.
“Saya fikir kami perlu melihat mereka dengan teliti daripada segi kemahuan dan prestasi mereka. Mereka bertahan dengan baik ketika di bawah tekanan dan itu adalah sesuatu yang perlu kami lihat,” kata Tang Jie yang sependapat dengan Ee Wei.
Rakyat Malaysia berpeluang menonton aksi mereka dalam kejohanan pembuka tirai 2025, Terbuka Malaysia, pada 7 hingga 12 Januari depan.
Shaiful Shamsudin
Mon Dec 16 2024
Zheng Si Wei: Tang Jie-Ee Wei berupaya tumpaskan mana-mana seteru
Juara beregu campuran Jelajah Akhir Dunia (WTF) yang baru ditabalkan semalam, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong, memuji Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, sambil berkata rakyat Malaysia mempunyai keupayaan untuk menewaskan sesiapa sahaja.
Lonjak empat anak tangga, FeiDin kini beregu ketiga dunia
Beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, melonjak empat anak tangga untuk menghuni tangga ketiga dunia.
Final Jelajah Dunia BWF: Tahniah FeiDin! Akhiri penampilan sulung bergelar naib juara!
Pemain beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, menamatkan perjalanan yang penuh indah di pentas Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir dengan bergelar naib juara di Hangzhou, sebentar tadi.
Final Jelajah Dunia BWF: Semoga cepat sembuh, Lee Zii Jia sah cedera buku lali
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia, disahkan mengalami kecederaan di buku lali kaki kanannya selepas pertembungan menentang wakil China, Li Shi Feng, dalam Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final BWF, Jumaat lalu.
Final Jelajah Dunia BWF: Terima kasih 'coach'! -- Ee Wei
Pemain beregu campurna negara, Toh Ee Wei, berterima kasih kepada jurulatih, Nova Armada, atas ilmu yang diberikan kepada dirinya dan pasangan, Chen Tang Jie sehingga berjaya bergelar naib juara Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir BWF yang berlangsung di China, hari ini.
Final Jelajah Dunia BWF: Tang Jie-Ee Wei tempuh ranjau berduri bergelar naib juara, bawa pulang RM445,089
Jaguh beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, hampir melakar sejarah untuk bergelar juara, namun ditewaskan oleh pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong, dalam aksi akhir Badminton Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou, sebentar tadi.
Final Jelajah Dunia BWF: Siaran Langsung (LIVE STREAMING) Astrup-Anders Skaarup Rasmuss jadi rintangan terakhir Sze Fei-Nur Izzuddin di Hangzhou
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama, Fajar Alfian-Rian Ardianto kecundang
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final susulan melakar kemenangan ke atas Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto di China, sebentar tadi.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Lee Zii Jia kecuaian kritikal -- Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia ketika beraksi dalam Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) di China pada Rabu lalu dianggap sebagai kesilapan ketara.
Final Jelajah Dunia BWF: Ini rekod pertemuan FeiDin-Fajar Alfian/Rian Ardianto
Gandingan sensasi negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, hanya selangkah ke aksi akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia BWF Finals dengan wakil Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto, menjadi halangan terakhir mereka untuk memburu gelaran.
Fonseca rues Milan's decision-making and profligacy after Genoa stalemate
Fonseca rues Milan profligacy
Doncic's triple-double sparks Mavs in win over Warriors
Doncic leads Mavs over Warriors
Zheng Si Wei: Tang Jie-Ee Wei have the ability to beat anyone
Newly crowned World Tour Finals (WTF) champions Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong laid praise on Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, saying the Malaysians have the ability to beat anyone after narrowly edging them on Sunday.
Maresca urges realism amid Chelsea excitement
Maresca shuts down title talk
Rodgers: Celtic showed 'big heart' to clinch Scottish League Cup
Rodgers: Celtic showed 'big heart'
Amorim on dropping Rashford: 'We have to set standards really high'
Amorim on dropping Rashford
Southampton sack Martin after Tottenham humbling
Martin sacked by Southampton
Barcelona 0-1 Leganes: Early Gonzalez goal stuns LaLiga leaders
Report: Barcelona 0-1 Leganes
Postecoglou thrilled with first-half blitz as Spurs get back to form
Postecoglou on Southampton win
Milan 0-0 Genoa: Hosts held on 125th anniversary celebrations
Report: Milan 0-0 Genoa