Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia, disahkan mengalami kecederaan di buku lali kaki kanannya selepas pertembungan menentang wakil China, Li Shi Feng, dalam Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final BWF, Jumaat lalu.

Ketika permainan berlangsung sebelum ini, pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 itu meminta pengandil untuk mendapatkan rawatan sebelum memutuskan untuk menarik diri akibat bergelut dengan kesakitan itu.



Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pasukannya, Team LZJ, keutamaan paling penting ialah mendapatkan semula kecergasan sambil menjalani proses pemulihan sebelum kembali ke gelanggang.