Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final susulan melakar kemenangan ke atas Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto di China, sebentar tadi.

Set pertama menyaksikan Sze Fei-Izzuddin cuba menghadirkan cabaran, sebelum akur dengan kekalahan 17-21.

Gandingan di ranking keempat dunia itu kemudiannya menerima tentangan berbeza daripada juara Terbuka Jepun itu yang mempamerkan kebangkitan segera untuk mengikat permainan 1-1 menerusi kemenangan di set kedua 16-21.

Memasuki set penetuan, kedua-dua pasangan dilihat berlumba mendapatkan mata dengan kerap merapatkan jurang aksi untuk mengidupkan peluang ke perlawanan akhir.

Ketika wakil Indonesia itu mendahului 19-17, semangat juang yang diperaga oleh Sze Fei-Nur Izzuddin harus diberi pujian apabila berjaya menyamakan kedudukan 25-25, sebelum menoktahkan kemenangan bergaya 27-25 selama hampir 60 minit.