Pemain Taiwan, Chou Tien Chen, cemerlang menewaskan pemain nombor satu dunia Viktor Axelsen dalam perlawanan pertama suku akhir Piala Thomas diantara Denmark dan Taiwan di Pusat Sukan High-Tech Zone Chengdu, China sebentar tadi.

Aksi sengit dua pemain itu terpaksa ditentukan dalam set ketiga yang menjadi penentuan dengan Chou Tien Chen berjaya melakar kemenangan 21-19, 14-21,21,19 untuk memberikan Taiwan kelebihan satu mata di hadapan Denmark.

Berdasarkan rekod kemenangan tersebut ia merupakan kemenangan keempat pemain berusia 34 tahun itu dalam 18 perlawanan dengan selebihnya berpihak kepada Viktor Axelsen.

Aksi seterusnya akan menyaksikan pemain beregu Taiwan Lee Yang-Wang Chi-Lin yang berada di kedudukan ke-10 dunia berdepan beregu keempat dunia, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen, sebentar lagi.