Hari ini merupakan hari terakhir bagi Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2024 dan pastinya menjadi tanda tanya adakah masih meriah atau tidak gelanggang keramat ini?

Ternyata masih padu sokongan rakayat Malaysia dan melalui tinjauan daripada wartawan Astro Arena, Karl Nunis nyata situasi itu benar belaka.Walaupun tiada kelibat wakil Malaysia menjelang aksi peringkat akhir nyata tidak menjadi masalah buat peminat sukan badminton tanah air turun ke Stadium Axiata Arena bagi memberikan sokongan penuh kepada pemain kegemaran mereka.


Ternyata dengan situasi ini sedikit sebanyak memberikan isyarat kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) agar terus menjaga hati peminat dengan menjaga prestasi pemain negara.

Jika tidak mungkin selepas ini akan wujud situasi tawar hati peminat bagi terus turun ke Axiata Arena untuk memberikan sokongan buat sukan ini.