Meskipun Kejohanan Masters Malaysia 2024 hanya berstatus Super 500, saingan ini menjadi medan berprestij dengan kehadiran pemain-pemain ternama yang berada di kedudukan terbaik dunia ketika ini.Antara nama besar yang akan mengambil bahagian adalah jaguh dari Denmark, Viktor Axelsen dan ratu Badminton Thailand, Ratchanok Intanon.
Kehadiran pemain lain seperti Anders Antonsen, Li Shi Feng, Kunlavut Vitidsarn dan Loh Kean Yew semestinya akan merancakkan saingan itu nanti.
Kejohanan yang akan menjadi pemanas badan sebelum menjelang temasya Sukan Olimpik Paris ini bakal membuka tirai pada 21 hingga 25 Mei ini di Axiata Arena, Kuala Lumpur.
Dapatkan tiket anda sekarang
di sini. Final Masters China: Pang Ron-Su Yin hampir beri pasangan nombor dua dunia mimpi ngeri
Beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, mempamerkan aksi menakjubkan walaupun terpaksa akur tewas kepada pasangan nombor dua dunia, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping, dalam aksi rubber set, 23-21, 23-25,16-21, dalam final Kejohanan Badminton Masters China, di Shenzen, China, sebentar tadi.
Final Masters China: Pang Ron-Su Yin nekad beri aksi terbaik berdepan wakil tuan rumah
Beregu campuran negara, Hoo Pang Ron dan Cheng Su Yin, berasa seakan tidak percaya selepas mara ke pentas akhir Kejohanan Badminton Masters China selepas menyingkirkan lawan dari Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Suet, di Shenzen, China, hari ini.
Badminton Remaja Allianz Grand Final: Beraksi ketika demam tak halang Lim Zheng Jie mara ke suku akhir
Pendahulu perseorangan lelaki kategori B-15, Lim Zheng Jie, meneruskan cabaran dengan keputusan cemerlang selepas menundukkan lawan dari Kuala Lumpur, Teh Cheng Yao, dengan aksi rubber set, 21-14, 16-21, 21-16, dalam Kejohanan Badminton Remaja Allianz Grand Final 2024, hari ini.