Beregu profesional negara, Lim Chiew Sien, menyifatkan edisi Terbuka Malaysia 2025 tahun hadapan bakal menjadi penampilan paling bermakna buat dirinya bersama Vivian Hoo yang akan bersara selepas kejohanan bertatus Super 1000 itu.

Selain beraksi dalam beregu wanita, Chiew Sien akan turut bersama dalam kategori beregu campuran bersama Wong Tien Ci.

"Sudah lebih daripada sebulan sejak kejohanan terakhir kami, seperti biasa kami mahu melakukan yang terbaik dalam setiap perlawanan memandangkan ia merupakan aksi terakhir Vivian di saingan Terbuka Malaysia 2025.

"Saya berharap kami dapat memberikan aksi terbaik kami di hadapan penyokong. Ia perasaan yang bagus melihat pemain muda yang sedang meningkat naik," katanya.

Dia yang bakal menginjak usia 31 tahun pada 2025 nanti dana akan memberikan tentangan yang sengit kepada 'The Little Gangsters', Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, dan pasangan beregu sedang meningkat naik, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin pada saingan Terbuka Malaysia 2025 nanti

"Jadi ia motivasi yang bagus buat saya untuk beraksi dengan baik, kami beraksi di laman sendiri jadi berharap lebih ramai pemain muda dalam kejohanan kali ini." tambahnya lagi.