Pengerusi YSD, Tunku Tan Sri Imran Tuanku Jaafar, menjadikan detik terbaik bagi tahun 2024 adalah ketika kontinjen negara membawa pulang dua pingat dari Sukan Olimpik Paris 2024.

Untuk rekod, dua pingat gangsa negara hadir menerusi beregu lelaki, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik, serta perseorangan negara, Lee Zii Jia, menerusi acara badminton.





"Detik terbaik 2024 adalah ketika Sukan Olimpik 2024, bagi saya ketika skuad negara memenangi dua pingat gangsa. Momen itu tidak berlaku selalu." katanya.