Yeoh Kay Bin diumumkan sebagai ketua jurulatih terbaru perseorang lelaki negara, Lee Zii Jia, pada Hari Natal, selepas pemergian Wong Tat Meng. Stadium Astro mengkaji latar belakang dan berkongsi pencapaian bekas pemain kebangsaan itu.
Yeoh Kay Bin menewaskan legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, untuk memenangi gelaran antarabangsa pertamanya.
Yeoh, 44, pernah mara ke empat perlawanan akhir dalam siri badminton antarabangsa dan meraih pingat pertamanya menundukkan Chong Wei kira-kira 21 tahun lalu.
Yeoh menewaskan Chong Wei dengan keputusan 15-5, 15-13 untuk memenangi gelaran Satelit India pada tahun 2003.
Ia mengambil masa tujuh tahun lagi sebelum Yeoh memenangi satu lagi gelaran di Kejohanan Antarabangsa Romania.
Selain itu, Yeoh juga menduduki tempat kedua pada Kejohanan Remaja Dunia 1998 dan meraih pingat gangsa pada Kejohanan Asia 2007.
Karier Yeoh sebagai jurulatih dalam akademi tempatan.
Sebelum menyertai pasukan pemenangn pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 itu, Yeoh pernah menjadi jurulatih di sebuah akademi bersama bekas rakan sepasukan kebangsaannya, K. Yogendran, yang kini merupakan salah seorang jurulatih perseorangan negara dalam Persatuan Badminton Negara (BAM).
Di bawah akademi itu, Yeoh, Yogendran, dan seorang lagi bekas pemain kebangsaan, R. Manojkumar, menguruskan pemain dari Afrika dan Mauritius dengan tujuan membawa mereka ke Sukan Olimpik.
Akademi itu yang berpangkalan di Petaling Jaya, menjadi tempat popular bagi pemain sosial.
Menghabiskan tempoh tujuh tahun di bawah bimbingan Li Mao.
Mungkin salah satu faktor yang mendorong Lee Zii Jia untuk mendapatkan khidmat Yeoh Kay Bin ialah pengalaman Yeoh mengukir kerjaya kejurulatihannya di China di bawah legenda badminton China, Li Mao.
Untuk rekod, Li Mao memainkan peranan penting dalam perkembangan awal Chong Wei pada tahun 2005, sebelum beralih untuk mambantu pasukan Korea Selatan.
Yeoh menghabiskan tujuh tahun di China dari 2014 hingga 2021 di bawah bimbingan Li Mao, sebelum pulang ke tanah air untuk menjadi jurulatih di akademi tempatan bersama Yogendran.
Hanis Natasya
Thu Dec 26 2024
Tidak ke BAM, Wong Tat Meng menanti masa untuk bersara
Bekas jurulatih Lee Zii Jia, Wong Tat Meng, menafikan khabar angin bahawa dia dirisik oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk membantu Kenneth Jonassen dalam sektor perseorangan kebangsaan.
Tiga perkara mengenai jurulatih baharu Lee Zii Jia, Yeoh Kay Bin
Yeoh Kay Bin diumumkan sebagai ketua jurulatih terbaru perseorang lelaki negara, Lee Zii Jia, pada Hari Natal, selepas pemergian Wong Tat Meng. Stadium Astro mengkaji latar belakang dan berkongsi pencapaian bekas pemain kebangsaan itu.
Goh Sze Fei umum pertunangan
Pemain beregu profesional lelaki negara, Goh Sze Fei, mengikat tali pertunangannya dengan Yoke Shan semalam.
Rosman beri pesanan buat Pearly-Thinaah menjelang musim 2025
Jurulatih beregu wanita negara, Rosman Razak, memberi kata dua buat Pearly Tan-M. Thinaah, jika gandingan beregu di ranking keenam dunia itu mahu mengulangi musim cemerlang pada 2025.
Jurulatih dilantik perlu punyai kriteria keperluan pemain -- Kien Keat
Susulan situasi Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengemukakan cadangan pengganti Tan Bin Shen serta menyerahkan segala keputusan kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk memilih calon terbaik bagi membimbing mereka ke satu tahap lebih tinggi.
Naib juara dunia remaja 1998 kini jurulatih Lee Zii Jia
Bekas pemain Malaysia, Yeoh Kay Bin, diumumkan sebagai jurulatih baru kepada perseorangan profesional lelaki, Lee Zii Jia.
Tang Jie-Ee Wei jadikan Zheng Siwei figura terbaik kekalkan momentum
Beregu campuran nombor satu negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, mempunyai aspirasi tersendiri untuk mengekalkan prestasi memukau ketika ini selepas pasca layak ke pentas Final Jelajah Dunia BWF yang lalu.
Mara ke separuh akhir pencapaian di luar jangkaan kami tahun ini -- Shevon Lai
Beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai membara untuk melakar lebih banyak kejayaan pada musim 2025 selepas mengharungi tahun ini dengan prestasi yang membanggakan.
Teka-teki siapa pengganti Tan Bin Shen? Aaron-Wooi Yik sudah kemuka calon terbaik
Teka-teki mengenai siapa bakal menggantikan Tan Bin Shen di posisi ketua jurulatih bahagian beregu lelaki negara kian hangat diperkatakan.
Best of 2024: K. Letshanaa pilih momen Sivasangari muncul juara Klasik London 2024
Perseorangan wanita negara, K. Letshanaa, memilih momen S.Sivasangari merangkul kejuaraan skuasy di Kejohanan London Klasik 2024 sebagai momen terbaik buat dirinya sepanjang tahun ini.
Piroe brace lifts Leeds to Championship summit
Leeds go top of Championship
Latest Liverpool title challenge 'feels different', says Salah
Salah: Reds title bid 'different'
Celtic move 12 points clear at Premiership summit after Motherwell thrashing
Celtic move 12 points clear
Liverpool 3-1 Leicester City: Salah scores 100th home Premier League goal in comeback win
Report: Liverpool 3-1 Leicester
Paterson stars as South Africa start strong
Paterson stars for South Africa
Spirit, not tactics, key to Pereira's pristine start at Wolves
Pereira praises Wolves spirit
Fernandes dismissal crucial to Wolves defeat, says Amorim
Amorim laments Bruno red card
'It's only logical' - Postecoglou defends Spurs slump amid injury crisis
Postecoglou defends Spurs slump
New boss Juric pleased with Southampton despite latest defeat
Juric happy with Saints performance
Wolves 2-0 Manchester United: Cunha takes centre stage after Fernandes red card
Report: Wolves 2-0 Man Utd