Atlet berprofil tinggi, Prabudas Krishnan, dikejutkan selepas pecutan pada saat akhir pelari muda berusia 19 tahun, Poven Kumar, berjaya menamatkan larian untuk menjadi johan.

Kejayaan dia umpama mimpi buat dirinya yang hadir sebagai protege kepada Prabudas selaku senior dalam acara tersebut dalam Kejohanan Terbuka Johor Super Series 1 kali ini.

Kekuatan mental Poven mengatur langkahnya menuju 50 meter terakhir berjaya memintas Prabudas untuk melakarkan rekod terbaiknya pada musim ini dengan 04.4.04 saat untuk merangkul pingat emas.

Dia berharap dapat mengekalkan momentum dengan semangat yang baru selepas berjaya mengalahkan pelari yang lebih berpenggalaman sebelum menjelang temasya Sukan Malaysia 2024 (SUKMA), di Sarawak nanti.

"Saya masuk kejohanan ini untuk memberikan saingan kepada atlet senior seperti Prabudas sebagai persiapan sebelum saya ke SUKMA di Sarawak nanti.

"Saya harap saya dapat kekalkan saya punya momentum saya untuk saingan SUKMA.

"Kemenangan saya ini memberikan saya lebih semangat dan satu semangat baru kerana dapat tewaskan pelari yang lebih berpenggalaman." katanya.