Selepas cuti Hari Raya Aidilfitri, aktiviti membabitkan di luar kelas sekolah rancak diadakan.

Pertandingan merentas desa antara bahagian penting dalam takwim persekolahan juga tidak terkecuali.

Beberapa hari lalu heboh di laman sosial yang memaparkan seorang ibu memotivasikan anaknya dengan menemaninya berlari hingga mampu menamatkan pertandingan di tempat pertama.

Apa pun dalam gembira, ada dukanya.




Jumaat lalu, seorang pelajar lelaki sekolah menengah dekat Jalan Kampung Gentam, Taman Fatimah, Kuala Pilah, yang meninggal dunia selepas rebah ketika menyertai aktiviti merentas desa sekolah itu.

Justeru, selain memastikan status kesihatan masing-masing, kita juga perlu pastikan banyak minum air agar tidak dinyahhidratkan ketika musim panas ini ya, terutama yang banyak melibatkan aktiviti luar.