Terbuka Johor Super Series 1 telah melabuhkan tirai semalam selepas berlangsung selama tiga hari di Stadium Olahraga Mount Austin, Johor Bahru.

Antara yang paling mencuri tumpuan adalah gelaran raja dan ratu pecut yang ditaklum oleh Haiqal Hanafi dan Zaidatul Husniah dalam acara 100 meter dan 200 meter.

Selain itu, Grace Wong turut menepati ramalan merangkul emas bagi acara baling tukul besi dengan catatan 48.56 meter menewaskan rakan sepelatih, Nurul Hidayah yang mencatat baling sejauh 47.30 meter.

Bagi mengupas lebih lanjut tentang rahsia disebalik kejayaannya, Grace Wong bakal menjadi tetamu khas Nadi Arena malam ini yang akan bersiaran pada jam 7.30 malam di saluran 801HD.

Bakal turut serta bersama sebagai tetamu adalah Pengarah Teknikal Olahraga Negara, Robert Ballard.