Kejohanan Olahraga Orang Pekak Malaysia kali keempat pada 27 dan 28 April lalu menyaksikan dua atlet pelapis dipilih sebagai Olahragawan dan Olahragawati.
Olahragawan dimenangi oleh Muhammad Zamir Azman dari kontinjen Wilayah Persekutuan, manakala anugerah Olahragawati pula dimenangi Marosuraya Muhammad dari Terengganu.
Kedua-dua atlet pelapis itu memperolehi pingat emas dalam acara 100 meter (m) dan 200m.
Muhammad Zamir yang berusia 18 tahun berjaya mencatatkan masa 12.9 saat (s) dalam acara 100m dan 24.42s bagi acara 200m.
Marosuraya yang berusia 16 tahun pula mencatatkan masa 14.93s untuk acara 100m dan 31.01s bagi acara 200m.
Anugerah kepada dua atlet cemerlang itu disampaikan oleh Presiden Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf), Ong Shin Ruenn.
Bagi Marosuraya, kejayaannya itu dapat memberi semangat buatnya terus berusaha memperbaiki rekod sedia ada serta bercita-cita untuk beraksi lebih cemerlang di peringkat antarabangsa.
“Saya akan terus berusaha dan berlatih untuk kejohanan yang lebih besar,” katanya.
Muhammad Zamir pula berkata, walaupun memenangi dua acara berkenaan, namun yakin masa yang dicatat akan dapat diperbaiki lagi.
“Saya akan terus berlatih dan berlatih,” katanya.
Dalam pada itu jurulatih olahraga Terengganu, Mohd. Amiludin Mohd. Amin berkata, Marosuraya dengan usia yang masih muda, mempunyai masa depan yang cerah.
“Atlet-atlet dalam kejohanan ini adalah barisan pelapis dan masih muda. Latihan berterusan akan dapat memastikan mereka mencapai kejayaan lebh besar,” katanya.
Sementara itu, Shin Ruenn berkata, MSDeaf akan mempertimbangkan beberapa atlet pekak untuk dibawa bersaing pada kejohanan antarabangsa pada tahun ini termasuk di Iran, Taiwan dan Jakarta, Indonesia.
“Malah, kejohanan yang lebih besar sedang menanti kita iaitu Deaflympic di Jepun pada 2025.
“Kita tidak mempunyai banyak masa, sebab itu para atlet pekak yang akan dipilih nanti perlu berlatih secara berterusan kerana saingan lebih hebat bakal menanti mereka,” katanya.
Ammar Hakim
Wed May 01 2024
Sukan SEA: Robert Ballard tidak tolak Jonah Chang sebagai prospek emas
Pengarah Teknikal Kesatuan Olahraga Malaysia, Robert Ballard, tidak menolak andai Jonah Chang dilabel sebagai prospek terbaik menghadirkan emas Sukan SEA tahun hadapan.
Terbuka Pahang Cahya Mata Sarawak Super Series III: Jonah Chang 'Sang juara dalam pembikinan!'
'Sang juara dalam pembikinan!' itu gambaran tepat untuk atlet lontar peluru negara, Jonah Chang yang baru menginjak usia 21 tahun.
Terbuka Pahang Cahya Mata Sarawak Super Series III: Jonah Chang tiga kali pecah rekod kebangsaan
Atlet lontar peluru negara, Jonah Chang, memecahkan rekod kebangsaan sebanyak tiga ketika membuat penampilan dalam saingan Terbuka Pahang Cahya Mata Sarawak Super Series III.
Cahya Mata Sarawak Super Series: Penganjuran saingan buka peluang ketengah bakat baru, medan cari atlet pelapis negara
Terbuka Pahang Cahya Sarawak Mata Super Series III bakal memasuki pusingan ketiga dan dua pelari pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli dan Jonathan Nyepa nyata berada di kelas tersendiri selepas mengungguli dua kejohanan sebelum ini.
Terbuka Pahang Cahya Mata Sarawak Super Series III: Umar Osman tidak sabar kembali ke balapan
Tujuh bulan mengharungi situasi sukar rentetan kecederaan pangkal paha buat Umar Osman berada dalam situasi tertekan.
Olahraga Para Dunia: Ammar Aiman sandaran hadirkan pingat
Jurulatih pecut paralimpik negara, Hamberi Mahat, meletakkan sandaran kepada Ammar Aiman Nor Azmi, dalam acara 400m T20 untuk membutirkan pingat di Kejohanan Olahraga Para Dunia yang bakal berlangsung di Jepun, bermula Jumaat ini.
Terbuka Pahang Cahya Mata Sarawak Super Series III: Azreen Nabila tergelincir di dalam tandas
Pelari pecut wanita, Azreen Nabila, berdepan kesuntukan masa untuk pulih menjelang Terbuka Pahang Cahya Mata Sarawak Super Series III, berikutan tergelincir di dalam tandas bermula Sabtu ini.
Terbuka Pahang Cahya Mata Super Series III: Nur Irdhiyani belum lega kembali selepas lebih 12 bulan tersisih
Setelah bertarung dengan kecederaan ligamen lutut (ACL) pada bahagian lutut kanan, atlet lompat kijang Terengganu, Nur Irdhiyani Zainuddin, kini mempunyai misi baru untuk dicapainya menjelang Terbuka Pahang Cahya Mata Super Series III.
Sukan Paralimpik: Dua emas jadi sasaran Ziyad Zolkefli menuju ke Paris
Jaguh lontar peluru para negara, Ziyad Zolkefli, percaya Kejohanan Para Dunia di Kobe, Jepun, yang akan bermula Jumaat ini menjadi medan persiapan terbaiknya sebelum Sukan Paralimpik membuka tirai.
Terbuka Perak Cahya Mata Sarawak Super Series II: Dalam proses pemulihan punca Kok Sing gagal pamer aksi terbaik
Atlet lompat kijang negara, Ng Tak Sing, menjelaskan punca kegagalan dalam mempamerkan prestasi memberangsangkan di Terbuka Perak Cahya Mata Sarawak Super Series II, hari ini.
Brighton confirm surprise departure of De Zerbi
Brighton and Roberto De Zerbi have mutually agreed to part ways at the end of the season, the Premier League club confirmed.
Guirassy matches Kiessling, Muller record with another opener
Serhou Guirassy scored the opening goal for Stuttgart against Borussia Monchengladbach, equalling a Bundesliga record in the process.
Edwards urges Luton to 'reward' supporters on final day
Luton Town appear set for an immediate return to the Championship, but Rob Edwards has urged his players to "reward" the fans' support.
PSG boss Luis Enrique shrugs off Barcelona speculation
Xavi is reportedly under pressure at Barcelona, but Luis Enrique is not interested in speculation linking him with a Blaugrana return.
Late Palma strike sinks St Mirren as Celtic celebrate SPL triumph on final day
Palma strike sinks St Mirren
Under-pressure Xavi says he still has Barcelona's trust
Xavi says he has Barca's trust
Houston Dynamo FC v FC Dallas: Estevez hopes to take advantage of 'great opportunity'
Nico Estevez wants FC Dallas to address their struggles on the road when they travel to Houston Dynamo this weekend.
Thailand Open: Zii Jia reaches second final in three years
Lee Zia stormed into the Thailand Open men's singles final after turning in an explosive come-from-behind performance to beat Chou Tien-chen 18-21, 21-12, 21-13 in the Bangkok semis on Saturday.
Newcastle 'determined to finish on a high' at Brentford, Howe insists
Eddie Howe says Newcastle United must be ready to capitalise at Brentford should other teams slip up in the race for a top-six finish.
Klopp reflects on 'special' Liverpool stint as tenure draws to a close
Jurgen Klopp's glorious tenure at Liverpool will draw to a close with a home game against Wolves on Sunday.