Meskipun kejayaan membanggakan Nur Izzudin Rumsani dan Goh Sze Fei di Kejohanan Terbuka China, Sze Fei tetap berasa berat untuk meraikan kemenangan itu.

Perasaan tidak senang itu kerana kecederaan pihak lawan, Ren Xiangyu dan Sze Fei menyedari keputusan mungkin berbeza jika perkara itu tidak berlaku.

Selain itu, Sze Fei cukup bahagia dapat menjalani latihan sebagai pemain profesional serta menepis dakwaan lebih menjadi, selepas menarik diri daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memandangkan segala usahanya bermula di sana.

Sementara itu, keputusan wakil negara di Terbuka Macau, berita baik untuk Justin Hoh serta beregu campuran negara yang lolos ke pusingan seterusnya apabila berjaya mengatasi cabaran hari ini.

Tapi nasib berbeza untuk Cheam June Wei yang akur tewas kepada Alwi Farhan, manakala Soong Joo Ven turut kalah kepada Jason Teh. Perseorangan wanita K. Letshanaa juga tamat perjuangannya apabila kecundang kepada Busanan Ongbamrungphan.