Hari ini tumpuan tertumpu kepada dua wakil negara yang akan bermain di pentas akhir kejohanan berstatus Super 1000 dalam Terbuka China, sebentar nanti.
Juara Terbuka Jepun, Goh Sze Fei-Nur Izzudin Rumsani, mahu melebarkan sayap kemenangan selain pasangan merpati dua sejoli, Goh Soon Huat-Shevon Lai, juga berhasrat untuk menggondol kejuaraan tersebut.
Saksikan secara langsung dua wakil negara dalam aksi final itu menerusi Saluran Astro Supersport 814 dan strim di Astro Go.
Terbuka China: Sze Fei-Nur Izzuddin ke final tumbangkan beregu Indonesia
Juara Terbuka Jepun, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, semakin menunjukkan prestasi terbaik apabila sekali lagi melangkah ke pentas akhir Terbuka China menewaskan gandingan di ranking ke-88 dunia, Muhammad Shohibul Fikri-Daniel Marthin, dalam pertembungan straight set di Gimnasium Xincheng, China, sebentar tadi.
Terbuka China: Pasangan Merpati dua sejoli, Goh Soon Huat-Shevon Lai mara ke final
Beregu profesional campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, mara ke final kejohanan berstatus Super 1000 di Terbuka China selepas menewaskan wakil tuan rumah, Cheng Xing-Zhang Chi, 21-18, 21-18, sebentar tadi
Terbuka China: Ong Yew Sin-Teo Ee Yi cemas sebelum bangkit tumpaskan Fajar Alfian-Rian Ardianto
Jaguh beregu professional lelaki negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, berhasil menumpaskan wakil Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto, dalam peringkat suku akhir di Gimnasium Xincheng, China, sebentar tadi.