Jawatankuasa Penganjuran Sukan Olimpik Tokyo 2020 (Tokyo 2020) telah mengesahkan kesemua 43 venue dan juga jadual pertandingan dalam sesi Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC) secara dalam maya, semalam.
Presiden Jawatankuasa Penganjur, Yoshiro Mori, dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Toshiro Muto, dalam sesi itu berkata, pengesahan itu termasuklah Perkampungan Olimpik, Pusat Penyiaran Antarabangsa dan Pusat Media Utama yang akan digunakan dalam Sukan Olimpik pada 2021.
Mori mendedahkan bahawa mereka dengan segera telah melancarkan Jawatankuasa Bertindak baru selepas pengumuman IOC menangguhkan Sukan Olimpik 2020 akibat pandemik COVID-19.
“Kakitangan kami telah bekerja tanpa henti untuk persiapan ini dan saya dengan sukacitanya mengumumkan yang kami telah mengesahkan semua venue dan menetapkan jadual pertandingan untuk temasya tahun hadapan,” katanya seperti disiarkan dalam laman sesawang IOC, www.olympic.org.
“Kami akan terus berikan yang terbaik bagi memastikan Olimpik Tokyo bernilai sebagai satu simbol penyatuan dan perpaduan dalam menangani krisis COVID-19. Minggu depan pada 23 hari bulan, setahun sebelum Sukan Olimpik, kami bercadang untuk mengeluarkan pesanan mengenai perpaduan, harapan dan semangat kepada atlet bersama tumpuan mereka untuk Sukan Olimpik tahun hadapan,” kata Mori lagi.
Sementara itu, Presiden IOC, Thomas Bach, mengucapkan terima kasihnya kepada Tokyo 2020 atas pesediaan awal dengan mengesahkan venue dan juga jadual pertandingan.
“Perkampungan Olimpik adalah nadi utama Sukan Olimpik manakala venue adalah rohnya. Saya gembira kepada perkampungan dan juga venue telah disahkan untuk tahun depan.
“Ini bermakna atlet akan alaminya sebagai pengalaman sekali dalam hidup. Atlet dari seluruh dunia akan tinggal di bawah satu bumbung dekat Perkampungan Olimpik, berkongsi makanan, menyambutnya, berbincang bersama-sama dan membentuk satu komuniti Olimpik yang unik,” kata Bach.
Beliau juga yakin kedua-dua IOC dan juga Tokyo 2020 akan dapat menjadikan Sukan Olimpik yang ditangguhkan itu kepada satu sambutan penyatuan dan perpaduan manusia terbesar, sekali gus mengangkatnya sebagai satu simbol ketahanan dan harapan.
Tokyo 2020 telah merancang beberapa acara pada 23 Julai, bagi menandakan setahun tahun lagi sebelum permulaan Sukan Olimpik 2020, termasuk pelancaran kempen Jenama Olimpik ‘#StrongerTogether’, yang menerima kepentingan penyatuan dan perpaduan pada waktu sukar ini, mengiktiraf kekuatan sukan dan khasnya Sukan Olimpik dalam membawa masyarakat bersatu-padu.
Sukan Olimpik 2020 ditangguhkan ke 23 Julai hingga 8 Ogos 2021, manakala Sukan Paralimpik Tokyo, 24 Ogos hingga 5 Sept 2021.
Pada asalnya, Sukan Olimpik Tokyo 2020 dijadualkan berlangsung dari 24 Julai ke 9 Ogos dan Sukan Paralimpik dari 25 Ogos hingga 6 September tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 18 2020
PERDAMA buru tiket ke Sukan Olimpik Paris 2024
Persatuan Mendayung Malaysia (PERDAMA), mengesahkan dua atlet negara bakal beraksi dalam Kejohanan Dunia Mendayung Asia dan Reggata Oceania 2024, yang juga merupakan tiket kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Pembangunan terjun perlu perhatian serius -- Bryan Nickson
Pengarah Teknikal Terjun, Bryan Nickson Lomas, memberi bayangan bahawa Malaysia perlu mencungkil bakat yang lebih berkualiti.
Piala Negara-Negara UCI: Beasley label Azizulhasni di landasan tepat bina momentum Sukan Olimpik
John Beasley terpesona dengan semangat yang ditonjolkan anak buahnya, Datuk Azizulhasni Awang, yang mencipta sensasi menggondol pingat emas keirin di Adelaide, hari ini.
Kritik biar membina, jangan menghina!
Tiada yang lebih mahukan kemenangan berbanding pemain itu sendiri...
Chan Peng Soon sah tidak akan beraksi di Paris 2024?
Dengan kehangatan Sukan Olimpik 2024, pemain badminton profesional negara, Chan Peng Soon diberitakan ingin jadikan Kejohanan Masters Malaysia 2024 pada Mei sebagai penampilan terakhir
Tokyo 2020: Zii Jia gagal lepasi Tembok China
Harapan Lee Zii Jia untuk melangkah jauh dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020 kali ini berakhir di tangan juara bertahan, Chen Long, dari China selepas tunduk 1-2 sebentar tadi.
Tokyo 2020: Berbasikal trek tumpu peringkat awal -- Shah Firdaus
Shah Firdaus Sahrom tidak menolak pandangan yang dilontarkan bekas atlet berbasikal negara, Rosman Alwi, mengenai keperluan dua wakil negara itu memasang strategi dalam pemburuan pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang membuka tirai Jumaat ini.
Sukan Olimpik Tokyo: Kesungguhan pacu keajaiban -- Reezal Merican
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, atlet mampu mengetepikan segala rintangan dan tidak mustahil mereka mampu melakar kejutan dalam Sukan Olimpik Tokyo dan Sukan Paralimpik 2020, bermula hujung bulan ini hingga awal September depan.
Sukan Olimpik Tokyo: Lee Zii Jia jumpa Chen Long dalam pusingan awal kalah mati
Lee Zii Jia akan memulakan kempen Sukan Olimpik Tokyo dalam Kumpulan M yang terdiri daripada Brice Leverdez dari Perancis dan Artem Pochtarov (Ukraine).
Impian Qabil ke Tokyo hampir jadi kenyataan
Impian atlet ekuestrian negara, Mohd Qabil Ambak, beraksi dalam Sukan Olimpik makin hampir menjadi kenyataan apabila Majlis Sukan Negara (MSN) mengesahkan atlet itu bakal divaksinasi esok.
Man City title hopes rocked by Shaw injury
Khadija Shaw is set to miss the rest of the Women's Super League season, with Man City involved in a thrilling title battle against Chelsea.
Al Hilal 3-1 Al Fateh: Neves on target as Saudi giants close in on title
Ruben Neves was on target from the penalty spot as Al Hilal continued their march towards the Saudi Pro League title.
Edwards urges Luton Town to ignore scrutiny on relegation battle
As the fight for Premier League survival goes on, Rob Edwards wants his players to ignore the noise around them.
Glasner challenges Crystal Palace to extend winning run
After securing Premier League safety in midweek, Oliver Glasner is determined to ensure his team keep up their momentum.
Alcaraz begins Madrid Open campaign with emphatic win
Alexander Shevchenko was comfortably brushed aside by home hope Carlos Alcaraz, who only dropped three games in a routine victory.
Columbus Crew v CF Montreal: Nancy proud of resilient Champions Cup performance
Reigning MLS Cup champions the Columbus Crew are back in league action when they take on CF Montreal on Saturday.
Man Utd cannot afford to get complacent – Ten Hag
Preview: Man United v Burnley
Pochettino urges Chelsea players to have more self-belief
Preview: Aston Villa v Chelea
Reigning champion Sabalenka pushed by Linette at Madrid Open
Sabalenka through in Madrid
RFEF elects Rocha as new president
Pedro Rocha is under investigation, but that has not stopped him becoming the new president of the Spanish Football Federation.