Pengarah Teknikal Terjun, Bryan Nickson Lomas, memberi bayangan bahawa Malaysia perlu mencungkil bakat yang lebih berkualiti.

Pendapat itu dilontarkan selepas berita duka buat peminat sukan tempatan berikutan kegagalan Nur Dhabitah Sabri, Datuk Pandelela Rinong dan Wendy Ng, gagal meraih tiket ke Sukan Olimpik Paris bagi acara 10 meter platform seirama.

Nur Dhabitah gandingan negara sekadar menduduki tempat ke-12 dalam peringkat final kejohanan akuatik dunia di doha, dengan kutipan mata berjumlah 240.06.

Pusat Akuatik Hamad hari ini menjadi saksi kepada dua terjunan pertama Nur Dhabitah dan Pandelela dengan hanya memungut 41.40 dan 40.80 mata.

Nur Dhabitah dan Pandelela perlu menamatkan saingan dalam kelompok empat terbaik bagi mengesahkan slot ke Paris.

Tampil dengan lima terjunan menggunakan darjah kesukaran sama seperti pasangan dari China, Chen Yuxi-Quan Hing Chan, namun jurang mereka bagaikan langit dan bumi kerana berjaya mengumpul 362.22 mata, iaitu perbezaan hampir 123 mata.

"Saya rasa mungkin tidak dapat rentak latihannya dan beberapa faktor, antaranya usia melebihi 30 tahun.

"Kita catat di bawah paras sebenar


"Apa yang penting, penerjun pelapis pula gagal menyaingi Pandelela.

"Kita juga patut lihat pembangunan, kita sepatutnya ada lebih baik atau sama tahapnya," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.