Presiden Persatuan Olahraga Selangor (POS), Nurhayati Karim menganggap POS di landasan tepat selepas isu kewangan yang membelenggu persatuan itu, tiga tahun lalu.

Selepas lima bulan mendapat pengiktirafan pesuruhjaya sukan, penganjuran kali pertama Kejohanan Olahraga Remaja Selangor bakal menjadi acara tahunan berikutan sambutan yang di terima sangat menggalakkan -- seramai 1,650 penyertaan daripada 62 pasukan.

Nurhayati berjanji untuk mengembalikan kegemilangan olahraga selangor selepas hampir sedekad menyepi daripada menghasilkan pelapis bertaraf kebangsaan.

"Kami mahu menganjurkan lebih banyak kejohanan bersama kerjasama antara penaja dan setiap agensi yang terlibat seiring dengan kejayaan saingan Olahraga Remaja Selangor ini," katanya.