Penyerang Denmark, Jesper Lindstrom, percaya 'pasukan gila' Perancis harus mara sekurang-kurangnya ke final Piala Dunia.

Kylian Mbappe menjaringkan dua gol semalma ketika penyandang Piala Dunia itu menjadi pasukan pertama yang mengesahkan tempat ke pusingan 16 di Qatar dengan kemenangan 2-1 ke atas Denmark. Ia adalah kali pertama juara bertahan itu mara ke peringkat kalah mati sejak Brazil pada 2006.

Andreas Christensen membatalkan gol pembukaan Mbappe di Stadium 974, tetapi penyerang Paris Saint-Germain itu menyambar hantaran silang Antoine Griezmann untuk meraih mata dalam Kumpulan D.

Mbappe adalah pemain bintang di Doha, tetapi Griezmann, Ousmane Dembele, Aurelien Tchouameni, Adrien Rabiot dan Olivier Giroud semuanya juga cemerlang.

Dengan skuad yang disematkan bintang itu, penyerang Eintracht Frankfurt, Lindstrom, tidak melihat sebab mengapa Perancis tidak sepatutnya mencapai perlawanan final kejohanan itu 18 Disember nanti.

"Saya fikir mereka sekurang-kurangnya harus pergi ke final," kata Lindstrom.

"Mereka mempunyai pemenang perlawanan. Mbappe, Dembele, Griezmann, Tchouameni... walaupun di bangku simpanan, mereka mempunyai pasukan yang gila.

"Saya fikir perlawanan sentiasa terbuka apabila anda menentang Dembele dan Mbappe, ia sentiasa sukar dengan kelajuan mereka."