Pengarah Pentadbiran Akademi Badminton Malaysia (ABM), Michelle Chai, memberi jaminan bahawa Goh Jin Wei, tetap akan bersama jurulatih menjelang Sukan Olimpik Paris 2024.

Difahamkan ianya hanya akan diputuskan Pengarah Kejurulatihan ABM, Rexy Mainaky setelah perbincangan secara mendalam dilakukan tentang calon yang layak bersama Jin Wei sebagai jurulatih.

"Kita pasti bantu Jin Wei. Tentang siapa dan bagaimana caranya, kejurulatihan dan sebagainya, Rexy akan bincang sebab dia adalah pengarah kejurulatihan kami.

"Secara teknikal, dia akan bincang dengan Jin Wei dan kita tidak ada masalah untuk bantu," katanya.

Ketika ini, beliau mengesahkan terdapat lima pas akreditasi bagi jurulatih menjelang Sukan Olimpik Paris 2024.