Pemain perseorangan negara, Justin Hoh, kempunan untuk mengecapi gelaran Kejohanan Badminton Terbuka Northern Marianas selepas kecundang secara straight set, sebentar tadi.

Justin terpaksa akur dengan kehandalan pemain Taiwan, Tsai Cheng-han, 21-12 dan 22-20.




Selepas kekalahan set pertama, Justin selesa menerajui permainan 16-8 tetapi bagaikan ada tidak kena, dia melepaskan 11 mata berturut-turut untuk berputih mata meraih kejuaraan keduanya tahun ini.