Perlawanan akhir kejohanan Badminton Remaja Asia menyaksikan gandingan beregu muda lelaki negara, Kang Khai Xing-Aaron Tai, ditewaskan oleh pilihan kelima dari China, Hu Ke Yuan-Lin Xiang Yi, di Yogyakarta, Indonesia, sebentar tadi.

Pertemuan kali ketiga di antara kedua-dua pasangan tersebut memihak kepada wakil dari China yang mencatatkan kemenangan pertama mereka menerusi permainan straight set sebelum mengakhir aksi tersebut dalam masa 30 minit.

Kendatipun begitu, ini merupakan pencapaian terbaik dalam sektor itu susulan kali terakhir wakil Malaysia berjaya mara ke peringkat akhir adalah pada 2010 oleh Yew Hong Kheng-Ow Yao Han.