Jurulatih beregu lelaki negara, Tan Bin Shen, yakin bahawa gandingan beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, mampu mendapatkan emas pertama negara pada Sukan Olimpik Paris 2024.

Ia berikutan prestasi semakin meningkat naik dipamerkan beregu tersebut.

Ini merupakan kali pertama pendedahan awal diberi kepada pemain untuk beraksi pada perlawanan simulasi berlatarbelakangkan logo Sukan Olimpik Paris 2024.

"Memang tidak mustahil Aaron-Wooi Yik memenangi pingat emas. Perkara paling penting, mereka perlu kekal dalam kondisi terbaik.

"Perkara yang baik mereka sentiasa cuba memperbaiki permainan dalam setiap kali latihan dan pertandingan sebelum ini."