Selepas Goh Soon Huat-Shevon Lai ditundukkan oleh gandingan Hong Kong, kini giliran Kian Meng- Pei Jing pula ditunjuk jalan keluar oleh gandingan Terry Hee-Jessica Tan dari Singapura dalam aksi straight set.

Biarpun pasangan negara berada di ranking ke-21 dunia di depan pasangan Singapura di ranking ke-26, namun secara atas kertas nyata memihak Terry Hee-Jessica Tan di mana tiga pertemuan terakhir mereka, kesemuanya memihak gandingan Singapura itu.

Permulaan yang seimbang bagi kedua-dua pihak, masing- masing saling berkejaran mata untuk mendahului saingan hingga pasangan negara mengikat lawan 16-16.




Namun, usaha itu disia-siakan selepas gagal mengekang lawan lima mata berturut-turut untuk beri kemenangan set pertama kepada pasangan Singapura 21-16.

Skrip hampir sama berlaku di set kedua, tetapi Kian Meng-Pei Jing tampil lebih garang untuk mengikat Singapura 14-14 selepas meraih lima mata berturut-turut.

Namun, ia hanyalah buat seketika sebelum Singapura kembali mengejar mata menjadikan saingan bertambah sengit sehingga dius 21-21 tetapi terpaksa akur akhirnya melepaskan dua mata berikutnya sekali gus beri kemenangan buat Singapura 23 berbalas 21.