Pemain perseorangan China, Zhang Zhijie, yang rebah selepas rebah di atas gelanggang ketika beraksi dalam kempen Kejohanan Remaja Asia (BAC) di Indonesia, sebelum disahkan meninggal dunia, tengah malam tadi, menggemparkan kancah badminton dunia.

Pemain perseorangan berusia 17 tahun tersebut yang ketika itu beraksi dalam acara berpasukan campuran sedang bersedia menerima servis lawannya dari Jepun sebelum tiba-tiba rebah.

Selepas diberi rawatan oleh doktor dan pegawai perubatan kejohanan, dia kemudian disahkan meninggal dunia di hospital.

Ogos tahun lalu, bekas beregu pemain Malaysia, Gan Teik Chai, yang merupakan rakan baik Datuk Lee Chong Wei pula menemui ajalnya akibat serangan jantung pada usia 40 tahun.

Beberapa bulan kemudian, seorang jurulatih Sekolah Sukan Singapura (SSP) dipecat berhubung kematian Pranav Madhaik.

Pelajar berusia 14 tahun terbabit meninggal dunia di hospital apabila mengadu tidak sihat selepas menjalani ujian kecergasaan.

Indonesia turut kehilangan juara dunia beregu lelaki 2007 dan pemilik pingat emas Sukan Olimpik Beijing 2008.

Legenda bulu tangkis Indonesia, Markis Kido, menemui ajalnya akibat serangan jantung malah ketika bermain bersama rakan-rakan di GOR Petrolin, Tangerang.

Pada 2018, Korea Selatan juga digemparkan dengan kehilangan bintang beregu lelaki mereka pada umur 35 tahun, Jung Jae Sung, dengan isu serupa.