Seluruh kem China tidak menahan sebak mengenangkan mendiang pemain perseorangan China, Zhang Zhijie, ketika ditabalkan sebagai juara Kejohanan Badminton Remaja Asia (AJC) 2024 semalam.

Pemain berumur 17 tahun itu rebah sebelum disahkan meninggal dunia di hospital di Yogyakarta, jam 11.20 waktu tempatan Ahad lalu ketika beraksi dalam set pertama.

China menamatkan kemarau enam tahun untuk bergelar juara acara berpasukan campuran selepas mengatasi Korea Selatan 3-1.




Ketika upacara penyampaian hadiah, pasukan China mempamerkan jersi Zhijie, sekali gus membuatkan hadirin di sekitar podium tidak dapat menahan air mata mereka dan memberikan berdiri memberikan tanda hormat.

Di media sosial negara itu, juara bertahan perseorangan wanita Sukan Olimpik, Chen Yufei, berkongsi gambar pasukan itu di podium dengan kapsyen, "Kita bersama dan anda adalah juara."

Sertai Ultimate Liga Super Fantasy dan peluang menangi hadiah sepanjang musim di sini.