Kematian pemain China, Zhang Zhijie, dalam Kejohanan Badminton Remaja Asia (AJC) telah membuka mata banyak pihak terutama Persekutuan Badminton Dunia (BWF) berhubung protokal tindakan kecemasan ketika perlawanan berlangsung.

Mengikut garis panduan, doktor kejohanan tertakluk di bawah arahan pengadil yang mempunyai tanggungjawab untuk bertindak balas terhadap kecemasan yang berlaku di gelanggang termasuklah jika disyaki kes serangan jantung.



Dan dalam senario ini, campur tangan pasukan perubatan perlu mendapat kebenaran pengadil termasuk serangan jantung sebelum bantuan lain seperti ambulans tiba.

"Apabila melaksanakan garis panduan ini, ia diperkukuhkan bahawa semua kakitangan perlu bersedia pada setiap masa untuk bertindak balas terhadap semua campur tangan perubatan yang diperlukan, termasuk kecemasan, secepat mungkin.

"Selepas selesai semakan kami, kami akan menentukan sama ada aspek khusus garis panduan ini perlu diubah."