Kejuaraan berganda menjadi topik utama pada pusingan ketiga di Kejohanan Badminton Remaja Allianz yang berlangsung di Dewan KBA, Alor Setar, Kedah di mana K. Joshua dari Kolej Sultan Abdul Hamid, Kedah; Teoh Min Yi dari SMK Batu 5 dan Lee Han Ning dari SJKC Chung Hwa memenangi kategori masing-masing dalam kedua-dua kategori bagi perseorangan dan beregu.



Selepas memenangi gelaran perseorangan lelaki B-15, Joshua berganding bahu dengan Chong Lee Qia dari SMJK Sin Min untuk merebut gelaran beregu lelaki. Min Yi dari SMK Batu 5 memenangi acara perseorangan dan beregu perempuan B-15 manakala Han Ning dari SJKC Chung Hwa memenangi acara sama dalam kategori perempuan B-13.

Kategori B-11 yang baru diperkenalkan menyaksikan adik beradik kembar cipta kejayaan satu-dua sebagai penamat dengan E Xingnee dari SJKC Keat Hwa (H) menewaskan kembarnya dari sekolah yang sama, E Xingnian.

"Kami mempunyai hubungan yang sukar untuk digambarkan. Saya hanya tahu apa yang dia fikirkan dan begitu juga, dia juga tahu apa yang ada dalam fikiran saya," kata Xingnian.

Tambah Xingnee, "Kami berkongsi segala-galanya bersama-sama. Kami berada dalam kelas yang sama di sekolah dan kami juga berkongsi bilik di rumah. Kami akan merasakan sesuatu yang tidak kena jika kami tidak bersama".

Pasangan berusia 11 tahun itu belajar di SKJC Keat Hwa (H) di Alor Setar dan telah menjalani latihan di bawah bimbingan jurulatih Tan Seng Hoe sejak dua tahun lalu. Seng Hoe ialah bapa kepada pemain beregu negara Pearly Tan.

Tahun lepas, lebih 2,500 pemain menyertai AJBC dan penyertaan dijangka meningkat kepada 3,000 tahun ini dalam 10 pusingan kelayakan. Pusingan kelayakan akan diadakan di pelbagai venue di seluruh negara seperti Alor Setar, Cheras, Kuching, Kota Kinabalu, Kluang, Pengkalan Chepa, Bukit Beruang dan Kuantan.

Pusingan akhir AJBC, yang menampilkan finalis bawah 13 dan bawah 15 tahun dari semua pusingan kelayakan, akan berlangsung di Stadium Juara di Bukit Kiara dari 20–25 November.

Setiap pusingan akan menyaksikan 24 pemain layak ke pusingan akhir. Pemain bawah 11 tahun tidak akan mara ke pusingan akhir AJBC.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, pemain yang menyertai pusingan kelayakan AJBC tidak perlu membayar sebarang bayaran masuk. Tiga pemenang teratas pusingan kelayakan, untuk semua kategori umur, akan memperoleh RM500, RM300 dan RM150 (perseorangan) dan RM600, RM400 dan RM200 (beregu).

Pemain yang menamatkan saingan di tempat tiga terbaik di Grand Final akan menerima sejumlah RM1,000, RM600 dan RM300 (perseorangan) dan RM1,200, RM800 dan RM400 (beregu).

Untuk maklumat lanjut dan mereka yang berminat untuk menyertai AJBC, sila layari www.allianz.com.my/ajbc

Keputusan

Bawah 15 tahun

Perseorangan lelaki : K.Joshua, Kolej Sultan Abdul Hamid
Beregu lelaki : Chong Lee Qia, SMJK Sin Min dan K. Joshua, Kolej Sultan Abdul Hamid
Perseorangan perempuan : Teoh Min Yi, SMK Batu 5
Beregu perempuan : Amiera Batrisya, SMK Ayer Puteh Dalam dan Teoh Min Yi, SMK Batu 5

Bawah 13 tahun
Perseorangan lelaki : Yeoh Han Son, Sekolah Menengah Swasta Chung Ling
Beregu lelaki : Fawwaz Sufyan, SMK Ahmad Boestamam dan Tan Teng Hinn, SMK Hua Lian
Perseorangan perempuan : Lee Han Ning, SJKC Chung Hwa
Beregu perempuan : Lee Han Ning, SJKC Chung Hwa dan Nur Khalishah, SK Taman Rakyat

Bawah 11 tahun
Perseorangan lelaki : Danial Mukhriz, Sek Keb Bukit Kemuning
Perseorangan perempuan: E Xingnee, SJKC Keat Hwa (H)