Serangan jantung boleh berlaku di mana mana sahaja, kepada sesiapa sahaja.

Yang penting adalah rawatan yang betul, cepat dan tepat dalam masa kurang empat minit diberikan kepada mangsa itulah yang dikongsikan oleh seorang figura terkenal iaitu Dr Malar di aplikasi Tik Tok miliknya, @drmalarss .

"Nampak tak dia menggelepar tu, kemungkinan besar waktu tu jantung dia pun menggelepar juga kita panggil Ventricular Fibrillation (VF) ataupun Pulseless Ventricular Tachycardia (Pulseless VT).

"Sepatutnya jantung kita berdegup macam ni, tapi waktu dia menggelepar tu kemungkinan besar jantung dia menggelepar macam ni.

"Rawatan terbaik pada ketika jantung berdegup macam ini adalah 'shock delivery' tapi kalau takde alat untuk memberikan 'shock' pada ketika itu, kena mulakan CPR dengan segera.

"Ya kalau kita tak rawat dengan cepat ketika jantung tak cukup dalam fasa VF ataupun pulseless VT jantung akan masuk ke fasa berikutnya
iaitu fasa yang langsung tiada nadi kita kenali dengan nama PEA ataupun Asystole.

"Sebab itu kalau anda semua 'zoom' dan tengok lepas menggelepar itu badan dia macam kaku terus dah masuk dalam fasa Asystole lah tu.

"Puncanya boleh jadi macam-macam tahu contohnya hypokalemia ataupun hyperkalemia.

Untuk dapatkan maklumat penuhh anda boleh tonton video penuh di bawah:
@drmalarss SERANGAN JANTUNG boleh berlaku di mana mana sahaja, kepada sesiapa sahaja. Yang penting, rawatan yang betul, cepat dan tepat diberikan kepada mangsa. Untuk maklumat lanjut tentang kesihatan jantung, silalah jumpa doktor pakar jantung ye. Ni saya share link terus :https://www.columbiaasia.com/malaysia/doctors/?jhospital=Cheras&jspecialty=1066 #celotehdrmalar#columbiaasiacheras@Columbia Asia Malaysia ♬ original sound - CelotehDrMalar